(Video) Penjual Air Kelapa Umur 80 Tahun, Menangis Sambil Tadah Tangan Berdoa Bila Terima Sedekah

| February 3, 2021 | 0 Comments

(Video) Penjual Air Kelapa Umur 80 Tahun, Menangis Sambil Tadah Tangan Berdoa Bila Terima Sedekah | Baru-baru ini, tular seorang wanita memuat naik video di laman Twitternya berkenaan seorang pak cik yang sudah lanjut usia menangis sambil menadah tangan berdoa apabila terima sedekah.

Wanita yang dikenali sebagai @aidaaidil ini berkata, pak cik tersebut berumur 80 tahun dan bekerja menjual air kelapa di tepi jalan raya. Beliau juga mempunyai isteri yang berada di rumah sedang menjaga cucu.

Video berasa simpati terhadap kegigihan pakcik itu mendapat 54.1 ribu tontotan oleh warganet dan 3,763 ulang ciap serta 2,596 tanda suka.

Perkongsian ini banyak menyentuh hati pembaca lebih-lebih lagi apabila melihat wajah pak cik tersebut yang semakin dimamah usia. Rata-rata pembaca juga berkata mula teringatkan ibu bapa di kampung di ruangan komen.

Selain itu, pemilik ciapan ini turut membantu dalam menyediakan sebuah banner agar pakcik tersebut boleh menggantung di lorinya. Orang ramai yang tertarik dengan ciapan ini juga, banyak memberikan sumbangan berupa wang yang disampaikan oleh wanita tersebut.

Semoga pak cik ini dimurahkan rezeki dan diberikan kesihatan.

Bukan nak aibkan…

“The purpose saya buat thread ni bukan nak mengaibkan anak menantu pakcik ni ya. Focus saya hanya untuk kelangsungan hidup pakcik ni je. Meringankan beban dia. Maaf kalau ada yang rasa saya aibkan anak menantu dia. Saya sebak tengok org tua kena hadap benda mcm ni.”

Sumber : @AidaAidil

 

Tags: , , , ,

Category: DUNIA, KELUARGA, SEMASA

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *