Seorang pemuda maut dalam kemalangan selepas motosikal berkuasa tinggi yang ditunggang seorang diri merempuh belakang sebuah teksi di Lebuhraya 64, Bandar New Taipei City, Taiwan baru-baru ini.

Dalam kejadian kira-kira pukul 10.57 malam itu, mangsa yang hanya dikenali sebagai Chi, 27, meninggal dunia di tempat kejadian akibat cedera parah.

Difahamkan pada waktu kejadian, mangsa yang menunggang motosikal jenis Aprilia RS 660 sedang memecut laju di laluan kiri lebuh raya berkenaan sebelum merempuh teksi tersebut. Impak perlanggaran itu menyebabkan mangsa terpelanting beberapa meter sebelum mati.

Pemandu dan penumpang teksi berkenaan pula hanya mengalami kecederaan ringan dan dihantar ke hospital berdekatan untuk mendapatkan rawatan.

@majoritiofficial

Min tak tahu sapa yang salah sebenarnya. Korang nilailah sendiri, tak sanggup min tengok dia melambung 😳. VIDEO PENUH DALAM ARTIKEL #fyp #trendingnewsmalaysia #trendingtiktokmalaysia #beritaditiktok #beritaharini

♬ original sound – Majoriti Official – Majoriti Official

Hasil siasatan awal polis mendapati punca kejadian itu disebabkan lampu belakang teksi yang tidak bernyala dan mangsa hanya menyedari kehadiran teksi tersebut dalam jarak yang sangat dekat.

Sementara itu, ayah mangsa yang dipetik laporan media antarabangsa meluahkan rasa sedih dengan kejadian yang menimpa anaknya.

“Saya tahu anak saya memecut motosikalnya dengan laju tapi kalaulah teksi berkenaan menyalakan lampu belakangnya, berkemungkinan besar anak saya dapat melihat teksi warna hitam itu pada waktu malam,” katanya.

Setakat berita ini ditulis, pemandu teksi berkenaan sudah ditahan pihak berkuasa tempatan dan boleh didenda antara RM437.83 (NT$3,000) dan RM875.66 (NT$6,000) atas kesalahan Akta Jalan Raya 33.

Sumber: Majoriti

 

Baca Juga: Makhamah Perintah Siti Bainun Bela Diri Selepas Aniaya Bella

Pengasas Rumah Bonda, Siti Bainun Ahd Razali diperintah untuk membela diri oleh Mahkamah Sesyen di sini pada Khamis, atas dua pertuduhan mengabai dan menganiaya seorang remaja perempuan sindrom down berusia 13 tahun, dikenali Bella tahun lalu.

Hakim Izralizam Sanusi memutuskan demikian selepas mendapati pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes prima facie terhadap Siti Bainun, 30, di akhir kes pendakwaan.

Tertuduh diberi tiga pilihan iaitu pertama memberi keterangan secara bersumpah dari kandang saksi dari kandang saksi dengan pihak pendakwaan diberikan peluang untuk menyoalnya semasa pemeriksaan balas.

Sementara pilihan kedua, memberikan kenyataan tidak bersumpah tanpa pemeriksaan balas oleh pihak pendakwaan atau ketiga berdiam diri dengan tidak menjawab pertuduhan.

Selepas mendengar perkara itu, peguam, tertuduh mengambil pilihan pertama.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Nor Azizah Mohamad, Zilfinaz Abbas, Zahida Zakaria, Fazeedah Faik dan Shakira Aliana Alias.

Siti Bainun pula diwakili peguam Nur’Aminahtul Mardiah Md Nor, Mohammad Farhan Maaruf, Nurul Hafidzah Hassan, Asiah Abd Jalil dan Nur Ellena Mohamed Razif mewakili Siti Bainun.

Turut hadir Datuk Khairul Anwar Rahmat, Datuk Ikbal Salam dan Mohd Radzi Yatiman yang dilantik oleh Pemangku Raja Johor Tunku Ismail Sultan Ibrahim selaku peguam pemerhati.

Sumber: KMN

Share.

Leave A Reply