(Video) Pernah ‘Viral’ Sebelum Ni, Pakcik Jual Roti Di R&R Sg Buloh Kembali Berniaga Selepas Dua Bulan Cuti | Bercakap soal rezeki, di mana-mana pasti ada rezeki kita. Bak kata orang, rezeki tidak pernah salah alamat. Penentuannya adalah dengan usaha kita sendiri.

Begitu juga dengan seorang pak cik yang berniaga pelbagai jenis roti di R&R Sg. Buloh. Terdahulu, beliau pernah tular di media sosial tentang keperibadiannya yang ramah dan kerap memuji roti buatan isterinya kepada pelanggan.

Perkongsian yang telah mendapat perhatian ramai itu telah dikongsikan oleh saudari Aisya di laman Twitter miliknya.

Video tersebut tular dan mendapat lebih 300 ribu tontonan oleh warganet.

Selain itu, orang ramai juga kagum dengan percakapannya yang menerangkan kandungan roti yang telah dibuat dengan berbahasa Inggeris.

Setelah hampir dua bulan bercuti akibat Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), kini beliau kembali semula berniaga dan mengajak orang ramai mencuba roti buatan isterinya.

Bagi yang bertanya gerai pakcik tersebut di mana, gerainya berdekatan dengan kedai Family Mart yang berada di R&R Sg. Buloh. Difahamkan, gerai roti pak cik tersebut akan dibula bermula 10 pagi sehingga 10 malam.

Sumber : Aisya J

 

Share.

Leave A Reply