(Video) Rakaman Dari CCTV Buat Ramai Sangka Wanita Diculik, Rupanya-Rupanya Ini Yang Berlaku
(Video) Ingatkan Nak Kena Culik, Rupanya-Rupanya Ini Yang Berlaku | Jenayah menculik dan merompak kini amat berleluasa terjadi. Tidak kira siang atau malam pasti ada kes baru yang dilaporkan. Majoriti mangsanya adalah wanita dan kanak-kanak. Orang ramai juga digesa untuk tidak berjalan sendirian di kawasan yang sunyi serta di tempat yang gelap. Hal ini kerana, ia mudah bagi penjenayah untuk melakukan serangan tersebut.
Lain pula yang terjadi pada rakaman CCTV ini. Ia seakan sangkaan yang ngeri pada awalnya dan bertukar menjadi lucu.
“Watch with caution..”
⚠️ Watch with caution ⛔️ pic.twitter.com/Ykzm2pMkwu
— brown boy🧑🏽🦱 (@comfyasian) February 18, 2021
Wanita yang sedang duduk di hadapan pagar rumah berlari dengan pantas lalu seorang lelaki yang baru keluar dari keretanya berlari mengejar wanita itu dari arah yang bertentangan. Rupanya-rupanya, mereka sedang berebut untuk membuka pintu kereta.
Video yang telah dimuat naik oleh seorang pengguna Twitter ini telah mendapat lebih 153 ribu tontonan daripada warganet. Rata-rata ramai yang ‘terkena’ dengan penghujung video ini.
“Plot Twist…”
hahahahah aku pernah buat camni kat kereta ex aku pastu dia jerit "WOII NI PINTU KERETA LA BUKAN LORI!!" kuat sangat agaknya. bergegor kereta member 😂🤣
— ayaya (@maknenekk) February 18, 2021
“Ingat kena rompak..”
Aku ingat dia kena rompak 😭
Bila baca tweet korang, baru faham
— أيزا سفريزا زكريا (@Mawarzahra04) February 18, 2021
mati mati aku ingat kena culik
— pâ (@eppaviolet) February 18, 2021
Sumber : @comfyasian