(Video) Sanggup Terjun Tasik Demi Selamatkan Ibu, Dua Beranak Mati Lemas

| March 22, 2021 | 0 Comments

(Video) Sanggup Terjun Tasik Demi Selamatkan Ibu, Dua Beranak Mati Lemas | Dua orang wanita berusia 28 dan 69 tahun ditemui mati selepas kereta mereka dipercayai terjatuh ke dalam tasik di Serdang, Kedah.

Video berdurasi 1 minit dan 4 saat yang dimuatnaik oleh Nick Farish menunjukkan seorang wanita memasuki semula kereta untuk menyelamatkan ibunya yang masih di dalam kereta yang hampir tenggelam. Beberapa orang awam juga turut membantu menyelamatkan mereka namun tidak berjaya kerana kereta yang semakin tenggelam ke dasar tasik.

Menurut Penolong Pengarah (Operasi) Jabatan Bomba dan Penyelamat Kedah, Mohamad Ehsan Mohd Zain, pusat operasi mereka telah menerima panggilan kecemasan dari Malaysian Emergency Response Services 999 (MERS 999) bahawa terdapat sebuah kereta telah terjatuh ke dalam tasik sekitar jam 6.25 petang pada hari Ahad (21 Mac).

“Kami telah mengarahkan satu trak penyelamat kebakaran (FRT) dan sebuah kenderaan Perkhidmatan Perubatan Kecemasan (EMRS) ke tempat kejadian”, katanya kepada pihak media.

Menurutnya lagi, mereka turut dibantu oleh anggota bomba dari Balai Bomba Selama di Perak, dengan sebuah FRT dan kapal penyelamat bagi operasi menyelamat.

“Komanden Operasi turut mengarahkan anak buahnya untuk melakukan pencarian permukaan bagi mencari lokasi sebenar kereta tersebut”, katanya.

Menurut Mohamad Ehsan, mangsa pertama ditemui di dalam kereta pada pukul 8.40 malam manakala mangsa kedua ditemui sekitar jam 9 malam. Kereta mangsa juga berjaya dibawa ke permukaan sekitar jam 11 malam.

Sumber: The Star

Tags: , , , , , ,

Category: KELUARGA, KEMALANGAN

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *