(Video) Selepas ‘Curi’ Petrol Subsidi, Kini Tular Konvoi Kereta Warga Singapura Buat Hal Di Lebuhraya | Tular rakaman kamera pemuka (dashcam) baru-baru ini beberapa kereta bernombor pendaftaran Singapura memandu secara berbahaya dengan memotong kenderaan lain seperti mahu berlumba.

Video itu mengundang kecaman netizen Malaysia yang menganggap tindakan pemandu Singapura itu sebagai biadab apabila memasuki negara ini.

Susulan tular video itu, polis kini sedang mengesan pemandu yang dirakam di simpang lampu isyarat Felda Gugusan Adela, Kota Tinggi. Sebuah BMW berwarna emas dilihat memandu secara berbahaya dengan memotong kenderaan lain secara melulu dan boleh menyebabkan kemalangan.

Aksi itu dirakamkan dan dimuat naik dalam laman Facebook pada 3 April lalu. Susulan itu, kertas siasatan dibuka di bawah Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Jika disabit kesalahan, pemandu boleh dipenjara tidak lebih lima tahun dan didenda tidak kurang RM5,000, dan tidak lebih RM15,000. Polis turut menasihati orang ramai supaya tidak memandu kenderaan dan melakukan aksi yang membahayakan diri sendiri dan pengguna jalan raya lain.

Sumber: Pandu Laju

Share.

Leave A Reply