Seorang penunggang motosikal berdepan detik cemas hampir setengah jam apabila separuh badan dan mukanya dikatakan tersepit di bawah lori simen dalam kejadian kemalangan di Jalan Bukit Hayun, Bayan Lepas di sini, pagi tadi.

Kejadian kira-kira pukul 8.35 pagi itu dipercayai berlaku di laluan dua hala menghala ke arah Bayan Baru dan Bayan Lepas.

Mangsa yang merupakan pemuda berusia 25 tahun itu bagaimanapun berjaya dikeluarkan oleh pasukan bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat Bayan Baru kurang 15 minit kemudian.

Ketika kejadian, mangsa ditemui tersepit dalam keadaan memakai topi keledar manakala separuh badan dan mukanya berada di bawah motosikal miliknya jenis Honda RS.

Jurucakap bomba berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kemalangan berlaku pada pukul 8.41 pagi dan kemudiannya bergegas ke lokasi kejadian.

“Kemalangan itu melibatkan sebuah lori pembancuh simen dan sebuah motosikal. Seorang lelaki berbangsa Melayu tersepit di bawah kenderaan terbabit dan mengalami kecederaan ringan pada bahagian badan.

“Tindakan mengeluarkan mangsa dilakukan menggunakan peralatan khas iaitu ‘telescopic ram’. Operasi tersebut dapat dikawal pada pukul 8.49 pagi,” katanya kepada Kosmo! di sini, hari ini.

Beritahunya lagi, mangsa berada dalam keadaan stabil dan telah dikejarkan ke Hospital Pulau Pinang menggunakan Jentera Perkhidmatan Perubatan Kecemasan (EMRS) Bomba untuk rawatan lanjut.

Operasi tersebut tamat sepenuhnya pada pukul 9.16 pagi tadi.

Sumber : Kosmo

 

 

ARTIKEL LAIN YANG BOLEH DIBACA

Pelanggan Dan Peniaga Cemas Gerai Medan Selera Terbakar | Pelanggan dan peniaga di sebuah medan selera di Bukit Baru di sini cemas apabila lima buah gerai di kawasan itu terbakar pada malam Ahad.

Pasukan bomba sedang melakukan kerja-kerja memadamkan kebakaran di Bukit Baru pada Malam Ahad.

Komander Operasi, Penguasa Kanan Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Ayer Keroh, Mohamad Hamdan Sudin berkata, dua jentera bomba dikejarkan ke lokasi kejadian sejurus menerima laporan kecemasan pada jam 11.41 malam.

Menurutnya, setiba di lokasi kejadian pihaknya mendapati lima gerai telah terbakar sebanyak 30 peratus.

Beliau menyata bahawa mereka dimaklumkan ketika kejadian terdapat beberapa pelanggan dan peniaga yang masih berada di medan selera itu dikejutkan dengan api marak.

Beliau berkata dalam satu kenyataan pada Isnin bahawa difahamkan peniaga cuba memadamkan api itu namun tidak berjaya dan terpaksa menghubungi pasukan bomba.

Jelasnya, kebakaran dapat dikawal pada jam 11.53 malam sebelum operasi tamat sepenuhnya jam 1.15 pagi.

Beliau menjelas, bagaimanapun tiada kemalangan jiwa dilaporkan dan punca kebakaran masih disiasat.

Sumber: KMN

Share.

Leave A Reply