(Video) Sudah Buat Sehabis Baik, Shah Firdaus Tidak Berjaya Untuk Ke Peringkat Separuh Akhir | Pelumba basikal trek negara, Muhammad Shah Firdaus Sahrom tidak berjaya melayakkan diri ke pusingan separuh acara Keirin lelaki apabila menduduki tempat terakhir di peringkat suku akhir Olimpik 2020 sebentar tadi.

(Video) Sudah Buat Sehabis Baik, Shah Firdaus Tidak Berjaya Untuk Ke Peringkat Separuh Akhir

Pelumba pertama yang berjaya sampai ke garis penamat adalah pelumba Trinidad and Tobago, Nicholas Paul, diikuti Jack Carlin (Great Britain) dan Jair Tjon En Fa (Suriname) di tempat ketiga.

Dalam perlumbaan yang berlangsung di Velodrome Izu tadi, Shah Firdaus beraksi dengan sangat baik walaupun telah mengalami kecederaan semasa pusingan kelayakan ke suku akhir semalam. Beliau turut kelihatan kurang cergas dan agak terhinjut-hinjut semasa menjalani sesi memanaskan badan sebelum memulakan perlumbaan sebentar tadi.

Walaupun perjuangan beliau tamat di sini dan tak berjaya melayakkan diri ke peringkat seterusnya, namun Shah Firdaus tetap menjadi juara di hati rakyat Malaysia.

Sumber : Team Malaysia

Share.

Leave A Reply