(Video) “Tak Boleh Rakam, KJ Dah Letak Jawatan..” Ini Respons KJ Terhadap Video Yang Tular | Kira-kira satu jam selepas Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob mengumumkan Kabinet baru, Khairy Jamaluddin yang mengambil alih portfolio Menteri Kesihatan memberikan respons terhadap video petugas kesihatan yang tidak membenarkan penerima vaksin merakamkan proses vaksinasi.
Video yang bertarikh 25 Ogos itu menunjukkan seorang penerima vaksin diberi amaran untuk tidak merakam proses vaksinasi atas alasan Khairy telah meletak jawatan sebagai menteri yang bertanggungjawab dalam program vaksinasi negara.
Punya la happening nurse tu layan siap bagi record . Datang sorang pegawai ni tutup camera alasan KJ dah letak jawatan . biadap 😌 nasib record memang saja nak bagi family je pic.twitter.com/jdUdiTi5HC
— healer 🐼 (@raffmuhd88) August 25, 2021
“Tak boleh rakam. KJ dah letak jawatan. KKM punya prosedur tak boleh merakam,” menurut petugas kesihatan tersebut sambil menutup kamera lelaki tersebut.
Bagaimanapun, menurut lelaki tersebut jururawat yang memvaksikannya membenarkannya untuk merakam video tetapi ia dihalang oleh seorang petugas lain yang hadir di situ.
Dalam ciapan pertamanya selepas pengumuman Kabinet baru, Khairy hanya membalas ciapan tersebut dengan satu perkataan: “Assalamualaikum”.
Assalamualaikum. https://t.co/O9Wk0ke01h
— Khairy Jamaluddin 🇲🇾🌺 (@Khairykj) August 27, 2021
Pada 23 Julai, Khairy yang sebelum ini merupakan menteri Penyelaras Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (Pick) berkata orang awam dibenarkan merakam proses vaksinasi di pusat pemberian vaksin (PPV).
Dia turut mengarahkan supaya prosedur operasi standard (SOP) diamalkan dengan menunjukkan picagari vaksin yang diisi dengan sempurna kepada penerima.
Pengumuman itu hadir selepas pada bulan lalu terdapat aduan dua individu yang mendakwa mereka menerima suntikan kosong.
Individu lain pula mendakwa mereka tidak dibenarkan merakam video atau merakam gambar.
Sumber : Malaysia Kini