(Video) Terkini Kenderaan Rasmi Bawa PM Muhyiddin Keluar Dari Kawasan Kediamannya | Terbaru, kenderaan rasmi yang membawa Perdana Menteri Malaysia, Muhyiddin Yassin dilihat keluar dari kawasan kediamannya pada pukul 10.05 pagi ini.
Dilaporkan kenderaan yang membawa Perdana Menteri itu memasuki perkarangan bangunan Perdana Putra Putrajaya pada pukul 10.28 pagi.
Suasana di Putrajaya tenang dan beliau dikatakan akan menjalankan tugas seperti biasa dan dijadualkan menghadiri beberapa mesyuarat.
Kenderaan membawa PM Muhyiddin Yassin memasuki perkarangan bangunan Perdana Putra Putrajaya pukul 10.28 pagi. pic.twitter.com/tjEGnPOYfn
— BERNAMA TV 🇲🇾 (@BernamaTV) August 3, 2021
Semalam, menerusi ciapan dari Malaysia Gazette terdapat sembilan kenderaan kenamaan VIP beredar dari kediaman Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin pada pukul 10.03 malam.
Difahamkan menteri kanan Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, Menteri KDN Hamzah Zainuddin, Peguam Negara Tan Seri Idris Harun dan Menteri Kewangan Tengku Zafrul dan Timbalan Presiden Bersatu Datuk Seri Faizal Azumu antara VIP yang hadir bertemu dengan PM.
Difahamkan menteri kanan Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, Menteri KDN Hamzah Zainuddin, Peguam Negara Tan Seri Idris Harun dan Menteri Kewangan Tengku Zafrul dan Timbalan Presiden Bersatu Datuk Seri Faizal Azumu antara VIP yang hadir bertemu dengan PM. pic.twitter.com/u4mbEr525R
— Malaysia Gazette (@MalaysiaGazette) August 2, 2021
Sumber : BERNAMA TV