(Video) Tidak Imbas Suhu Dan MySejahtera Di Restoran, Najib Sedia Bayar Kompaun | Baru-baru ini, tular satu video di media sosial mengenai bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang memaparkan beliau tidak mematuhi prosedur operasi standard (SOP) di sebuah restoran di Jalan Bukit Bintang semalam.
1. Police will be calling up ex-PM Najib Razak for investigations into a COVID-19 SOP breach.
This comes after a video of him walking into a chicken rice restaurant without scanning his temperature and the MySejahtera QR code went viral on social media.
📹: Social media pic.twitter.com/rQXyTzV08D
— BFM News (@NewsBFM) March 20, 2021
Video yang berdurasi satu minit 39 saat itu menunjukkan Najib bersama beberapa individu yang lain hadir di sebuah restoran untuk makan tanpa membuat imbasan suhu dan mendaftar MySejahtera apabila memasuki ke restoran.
Susulan dari video tersebut, pihak polis telah mengeluarkan satu kenyataan media kes pelanggaran SOP oleh bekas Perdana Menteri tersebut.
“Pihak polis akan memanggil kesemua yang terlibat dalam kes ini untuk memberi keterangan dalam masa terdekat”. kata Ketua Polis Daerah Dang Wangi ACP Mohamad Zainal.
Selain itu, menerusi satu hantaran di laman rasmi Facebook Datuk Seri Najib, beliau memuat naik satu status mengakui kesalahan yang telah beliau lakukan. Beliau juga turut mengatakan bersedia untuk membayar kompaun dalam tempoh 7 hari.
Sumber : BERNAMA, Najib Razak, Mohd Redzuan Abdul Manap