(Video) Tuan Ibrahim Selit Ayat Al-Quran, Berbahasa Melayu Di Scotland. | SHAH ALAM : Menteri Alam Sekitar dan Air, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man membuat kemunculan pada Persidangan Ke-26 Konvensyen Rangka Kerja Perubahan Iklim Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNFCCC COP-26) di Glasgow, Scotland dengan menyampaikan ucapan dalam bahasa Melayu.
our environment minister, tuan ibrahim spoke malay at #COP26!
he delivered malaysia’s national statement which includes ambitions like reducing GHG emissions by 45% by 2030, retaining 50% of national forest cover & urging developed nations to fulfil their climate obligations. pic.twitter.com/IgcUgMhvfC— freyr (@notsoaidil) November 10, 2021
Kemunculan Tuan Ibrahim itu sekali gus menutup mulut banyak pihak yang membidasnya kerana tidak hadir ke acara berkenaan.
Ahli Parlimen Seputeh, Teresa Kok sebelum ini misalnya, mengkritik beliau tidak hadir pada persidangan itu memandangkan rakan sejawatan Tuan Ibrahim dari negara lain sudah berada di COP26 untuk berbincang cara menangani perubahan iklim.
Malah, ada juga kalangan netizen yang berpandangan beliau tidak ke Scotland kerana takut berbahasa Inggeris.
Tinjauan Harian Metro di media sosial mendapati inisiatif, tindakan dan keberanian pemimpin berkenaan turut mendapat pujian warganet.
Akhirnya buat pertama kali dapat mendengar bahasa kebangsaan berkumandang di acara antarabangsa seperti ini.