(Video) Tular Pandu Secara Berbahaya, Pemandu Ditahan

| October 3, 2020 | 0 Comments

(Video) Tular Pandu Secara Berbahaya, Pemandu Ditahan | Labuan: Tindakan seorang lelaki yang memandu kenderaan secara merbahaya hingga memasuki laluan bertentangan dan hampir melanggar beberapa kenderaan menerima padah apabila ditahan polis hari ini.

Suspek warga tempatan berusia 59 tahun itu ditahan di perkarangan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Labuan, pada 11 pagi.

Ketua Polis Daerah Labuan, Superintendan Muhamad Farid Ahmad berkata, suspek ditahan susulan tular satu rakaman video di aplikasi WhatsApp menunjukkan kenderaan pacuan empat roda Nissan Navara dipandu suspek secara merbahaya dan melawan arus.

“Kejadian itu berlaku semalam di Jalan Kinabenua menghala ke Jalan Sungai Keling/Rancha-Rancha.

“Bagaimanapun suspek ditahan polis dari Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik IPD Labuan, pagi tadi,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Menurutnya, suspek ditahan mengikut Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana melakukan kesalahan memandu secara melulu dan bahaya.

“Polis meminta saksi awam yang merakam kejadian itu untuk tampil membantu pihak polis,” katanya.

Sumber : HMetro

Tags: , , , ,

Category: KEMALANGAN

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *