Video Viral. Akhirnya Dua Pelajar SPM Ditahan Polis. | PETALING JAYA – Polis menahan dua remaja lelaki bagi membantu siasatan video tular membabitkan pelajar sekolah menengah yang tidak berpuas hati terhadap kertas soalan Sejarah pada peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) baru-baru ini.

Ketua Polis Daerah Hulu Selangor Superintendan Suffian Abdullah berkata, kedua-dua pelajar berusia 18 tahun itu ditahan sepasukan polis dari Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Hulu Selangor di dua lokasi berasingan di Batang Kali pada pukul 9.30 malam semalam.

Katanya, tangkapan dilakukan hasil laporan yang dilakukan oleh seorang guru wanita berusia 53 tahun Balai Polis Batang Kali, menyatakan beliau telah menerima satu video TikTok memaparkan seorang pelajar lelaki memakai seragam sekolah meluahkan rasa tidak puas hati terhadap kertas soalan peperiksaan SPM mata pelajaran Sejarah.

“Dalam video berkenaan pelajar itu juga turut mengeluarkan kata-kata kesat terhadap pembuat kertas soalan mata pelajaran Sejarah serta menghina negara Singapura,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Katanya, pihak polis juga turut merampas barangan kes iaitu sebuah telefon bimbit jenama Iphone 11.

“Saringan air kencing juga turut dijalankan mendapati kedua-dua pelajar itu negatif dadah,” ujarnya.

Suffian berkata pihaknya masih menjalankan siasatan dan kes disiasat di bawah Seksyen 14 Akta Kesalahan Kecil 1955 dan Seksyen 233 Akta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia 1998.

“Pihak polis menasihati orang ramai supaya menghentikan sebarang penyebaran video yang boleh mengelirukan masyarakat sehingga mencetuskan perbalahan,” katanya.

Sumber : Kosmo

 

 

ARTIKEL LAIN UNTUK DIBACA

VIRAL Pelajar Lelaki Hempas Kerusi, Tendang Pintu Tandas Di Sekolah. ADA VIDEO

Murid yang bertindak merosakkan harta benda sekolah di Seberang Perai Selatan (SPS), Pulau Pinang pada hari akhir sesi persekolahan, semalam, akan dibabitkan dalam khidmat komuniti sebagai intervensi sahsiah dan adab bagi memastikan perkara sama tidak berulang.

Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Pulau Pinang memaklumkan, keputusan itu dibuat selepas pihak sekolah memanggil murid yang terbabit bersama waris mereka, hari ini bagi membincangkan isu berkenaan.

JPN negeri itu berkata, pihaknya amat kesal dengan kejadian itu dan akan memastikan ia diberi perhatian yang serius oleh pihak sekolah.

“Langkah didikan akhlak serta pencegahan segera akan diambil bagi memastikan kes sedemikian tidak berulang lagi,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Terdahulu, tular di media sosial beberapa klip video berdurasi 28 dan 58 saat memaparkan sekumpulan pelajar lelaki merosakkan harta benda sekolah selepas tamat sesi persekolahan, semalam.

Menerusi video itu, kumpulan pelajar yang dipercayai bersekolah di sebuah sekolah menengah di daerah Seberang Perai Selatan, di sini dilihat merosakkan peralatan sekolah seperti kerusi, kipas siling dan pintu tandas.

JPN Pulau Pinang berkata, nilai kerugian kerosakan harta benda berkenaan sedang dalam siasatan.

Katanya, JPN Pulau Pinang memandang serius sebarang salah laku, termasuk vandalisme dan gangsterisme membabitkan murid sekolah di negeri ini serta sentiasa komited memastikan kesejahteraan guru dan murid diberi perhatian.

“Pihak pentadbir sekolah di semua peringkat sering diingatkan untuk mengambil langkah wajar bagi membendung dan mencegah perlakuan sedemikian.

“Kempen hentikan vandalisme dan pelan tindakan yang komprehensif akan dipergiat supaya selari dengan tujuh teras Kementerian Pendidikan (KPM),” katanya.

Pada masa sama, ia turut mengingatkan portal yang menyiarkan video berkenaan tanpa melindungi muka murid supaya memadamnya kerana ia bercanggah dengan Seksyen 15 Akta Kanak-Kanak 2001.

Sumber : BH 

Share.

Leave A Reply