(Video) Warga Emas 89 Tahun Nyaris Dibakar Hidup-Hidup Oleh Dua Lelaki Tak Dikenali

| July 26, 2020 | 0 Comments

(Video) Warga Emas 89 Tahun Nyaris Dibakar Hidup-Hidup Oleh Dua Lelaki Tak Dikenali | Dua lelaki (kiri) sedang diburu polis kerana cuba membakar seorang warga emas hidup-hidup.

Entah apa yang merasuk fikiran, dua lelaki didakwa cuba membakar seorang warga emas hidup-hidup dalam satu serangan rambang.

Kedua-dua penyerang pada mulanya menampar wanita berusia 89 tahun itu sebelum menyalakan api pada pakaian warga emas tersebut.

Walaupun api terpadam dengan segera, namun jelas kelihatan kesan terbakar pada baju mangsa.

Pihak berkuasa mengatakan insiden berlaku pada 17 Julai lalu di 16th Avenue, Brooklyn, New York.

Kedua-dua penyerang dilaporkan kali terakhir dilihat di 16th Avenue.

Pihak polis kini sedang memburu kedua-dua lelaki tersebut.

Video mereka turut dimuat naik di media sosial untuk meminta bantuan orang awam.

Sumber : Mstar

Tags: , , , ,

Category: JENAYAH

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *