Warga Myanmar Mabuk Tunjuk Berani Cabar Polis Utk Tangkap | BAGAI kacang lupakan kulit! Itulah peribahasa sesuai bagi menggambarkan segelintir kumpulan warga asing yang tidak bersyukur dan tidak pandai berterima kasih selepas mendapat perlindungan di negara kita.

Malah ada yang berani bertindak kurang ajar dengan mencabar pihak berkuasa.

Melalui satu video tular yang dimuat naik di akaun TikTok Mastur Alexsandria pada Ahad memaparkan seorang lelaki dipercayai warga Myanmar membuat kecoh di sebuah kedai.

Kejadian itu dipercayai berlaku di salah sebuah kawasan di Johor Bahru, Johor.

“Warga Myanmar, panggil polis,” katanya.

Pemilik akaun TikTok berkenaan mendakwa lelaki berkemeja dan berkain pelikat tersebut mencabar pihak polis yang melakukan rondaan di kawasan berkenaan.

Dalam video berdurasi 23 saat itu, turut kedengaran lelaki warga asing berkenaan memanggil polis dengan cara bersiul dan menggunakan perkataan yang kurang sopan.

“Polis datang, apa polis? Apa? Saya tak takut polis datang,” jeritnya.

Menurut Mastur, tindakan warga asing tersebut dirakam oleh orang awam yang berada di lokasi berkenaan dan lelaki itu juga didakwa mabuk serta turut menimbulkan kekecohan di kawasan tersebut.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warga maya mengecam tindakan lelaki tersebut dan meminta pihak berkuasa mengambil tindakan segera.

AbieyOhsem berharap agar warga asing berkenaan segera ditangkap.

“Polis Diraja Malaysia (PDRM) pun dia cabar. Takkan nak diam sahaja,” tulisnya.

Pendapat turut dipersetujui oleh seorang lagi pengguna TikTok, Lenovo A6600539.

“PDRM, tunggu apa lagi. Jalankan tugas anda. Johor negeri yang berdaulat, sila tangkap,” katanya.

Kejadian warga asing yang bersikap kurang ajar seperti ini bukanlah kali pertama berlaku, sebelum ini Majoriti pernah melaporkan seorang lelaki dipercayai warga Rohingya meminta hak sama rata dengan rakyat tempatan kerana mereka juga menyumbang kepada ekonomi negara.

Lelaki berkenaan turut meminta kawasan khas untuk berniaga dan tinggal di sekitar kawasan Pasar Selayang, Selangor.

@masturalexsandria

#warga myanmar menjajah di malaysia

♬ suara asli – Mastur Alexsandria – Mastur Alexsandria

Sumber: Majoriti

 

Baca Juga: Warga Myanmar Ditahan Syaki Bvnuh Sepupu | Seorang lelaki warga Myanmar ditahan selepas disyaki terbabit dalam kes penemuan mayat sepupunya di sebuah kandang ternakan di Selaru, Dangi, awal pagi semalam.

Foto hiasan

Mangsa yang juga warga Myanmar berusia 26 tahun, ditemui majikannya di ladang berkenaan kira-kira jam 3 pagi dengan kesan kecederaan pada bahagian kepala dipercayai akibat dipukul dengan objek tumpul.

Ketua Polis Daerah Kuala Pilah, Superintendan Amran Mohd Gani, berkata pihaknya menemui sebatang kayu dipercayai digunakan dalam kes itu di lokasi kejadian.

Superintendan Amran berkata gerakan Ibu Pejabat Daerah (IPD) Kuala Pilah terima panggilan daripada penternak haiwan kira-kira jam 3 pagi semalam.

Beliau berkata dalam satu kenyataan hari ini, melaporkan pekerjanya iaitu seorang lelaki warga Myanmar, ditemui tidak sedarkan diri di kandang miliknya di Selaru.

Beliau berkata, siasatan di tempat kejadian mendapati mangsa cedera parah di kepala akibat dipukul menggunakan alat tumpul dan disahkan meninggal dunia.

Beliau juga berkata bahawa pasukan Forensik dari Ibu Pejabat Kontinjen (IPK) Negeri Sembilan menemui sebatang kayu yang padan dengan luka kecederaan pada kepala mangsa.

Beliau berkata, bertindak atas maklumat kes itu, Bahagian Siasatan Jenayah Daerah (BSJD) Kuala Pilah membuat tangkapan terhadap seorang lelaki.

Suspek yang juga warga Myanmar berusia 21 tahun itu ditahan ketika cuba melarikan diri di tepi Jalan Selaru, tidak jauh dari tempat kejadian dan dipercayai sepupu kepada mangsa.

Turut dirampas sebuah beg galas berisi pakaian, telefon bimbit dan botol arak. Suspek direman tujuh hari bermula semalam.

Katanya lagi, kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan dan siasatan terperinci sedang dijalankan. Mayat dihantar ke Hospital Tuanku Jaafar Seremban untuk bedah siasat.

Amran memohon sesiapa yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian tampil membantu siasatan dengan menghubungi talian 06-4842999 atau mana-mana balai berdekatan.

Sumber: Berita Harian

Share.

Leave A Reply