Viral Di Media Sosial Tiga Lelaki Bergaduh Dipercayai Mabuk | Pergaduhan tiga lelaki sekitar daerah ini yang tular di media sosial semalam adalah disebabkan berada dalam keadaan mabuk.

Ketua Polis Daerah Kuala Langat, Superintendan Ahmad Ridhwan Mohd . Nor @ Saleh berkata, menerusi video berdurasi 12 saat itu mendapati salah seorang daripada mereka telah rebah akibat dipukul di bahagian kepala menggunakan topi keledar .

“Punca kejadian antara mangsa dan kawan-kawannya disebabkan ketika itu dalam keadaan mabuk.

“Polis telah mengenal pasti suspek dan kini sedang dalam tindakan untuk kesan dan tangkap saspek yang terlibat,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau menegaskan kes disiasat mengikut Seksyen 324/160 Kanun Keseksaan iaitu dengan sengaja menyebabkan kecederaan menggunakan topi keledar dan bergaduh di tempat awam.

“Berdasarkan seksyen itu memperuntukkam hukuman penjara sehingga 10 tahun atau denda,” jelasnya.

Selain itu, satu kes melibatkan seorang lelaki gila sanggup menyamar sebagai pakar sakit puan demi mendapat 35 gambar kemaluan wanita.

Ooi Chuen Wei, 37,  yang menyamar sebagai doktor wanita di sebuah hospital swasta di negara ini, kemudiannya dijatuhi hukuman penjara 40 bulan pada Rabu.

Warga Malaysia itu mengaku bersalah atas enam pertuduhan penyamaran yang dikenakan ke atasnya, manakala 15 lagi masih dipertimbangkan.

Dalam prosiding di mahkamah, Ooi dikatakan membuka akaun Facebook (FB) pada akhir 2016 dengan menggunakan nama Dr Janice Lee Yan Hooi.

Di samping itu, tertuduh mendakwa sebagai doktor wanita yang bertugas di Pusat Perubatan Gleneagles Singapura. selain menggunakan wajah profil seorang wanita.

Hal ini dikatakan demikian kerana bagi memastikan akaun FB kelihatan tulen, Ooi turut menambah rakan FB lelaki dan perempuan selain mendaftar profil Instagram dan LinkedIn menggunakan nama sama.

Selepas mengenal pasti wanita untuk dijadikan mangsa, dia kemudian akan menghantar mesej memperkenalkan dirinya sebagai Dr Lee.

Dia kemudian menawarkan untuk berkongsi pelan perubatan untuk kesihatan payudara dan seksual dengan yuran konsultasi bulanan.

Selain itu, tertuduh juga mendakwa pelan perubatan itu sudah mendapat kelulusan daripada Pusat Perubatan Gleneagles.

Lelaki itu kemudian akan menghantar prosedur arahan kepada mangsa untuk mengurut payudara dan alat kelamin. Tertuduh juga meminta mangsa menghantar video prosedur itu kepadanya.

Video itu dikatakan penting untuk tertuduh meneliti  dengan lebih lanjut, jika ada sebarang isu kesihatan dalam kalangan ‘pesakitnya’.

Susulan itu, video itu turut membantunya menawarkan pelan perubatan yang sesuai dengan keadaan kesihatan pesakit.

Timbalan Pendakwa Raya, R Arvindren berkata, tertuduh akan memuat turun dan menyimpan video dan gambar itu selepas dia menerimanya.

Arvindren berkata bahawa Ooi akan mengelak daripada bercakap dengan mangsa supaya tembelangnya pecah.

Dalam tempoh 2018 hingga 2021, 35 mangsa sudah menghantar 919 gambar dan video kepada Ooi.

Cubaan lelaki itu untuk menipu tujuh lagi mangsa tetapi tidak berjaya.HM

Sumber : Kosmo

Share.

Leave A Reply