Viral Gajah Berkeliaran. PERHILITAN Tampil Beritahu Puncanya. Ada VIDEO.

| February 14, 2021 | 0 Comments

Viral Gajah Berkeliaran. PERHILITAN Tampil Beritahu Puncanya. Ada VIDEO. | Baru ni viral seekor gajah jantan berkeliaran di sebuah kampung di Kluang, Johor. PERHILITAN tampil beritahu kenapa gajah tersebut bertindak sedemikian. Ada video.

Sedang Cari Gajah Betina Untuk Mengawan

Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN) Johor meminta penduduk setempat tidak mengganggu seekor gajah jantan yang berkeliaran di Kampung Sri Timur, Kluang, malam tadi kerana dibimbangi boleh naik minyak jika dihampiri manusia.

Gajah Mengawan Naik Minyak

Pengarah Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN) Johor, Salman Saaban, berkata gajah jantan itu bergerak bersendirian kerana sedang mencari gajah betina untuk mengawan.

“Adalah tabiat semula jadi bagi gajah jantan bergerak bersendirian untuk mencari gajah betina apabila tiba masa untuk mengawan,” katanya.

Salman berkata, pihaknya mengambil maklum kehadiran gajah itu di kawasan berkenaan dan sedang memantau.

PERHILITAN akan menjalankan operasi menangkap gajah itu apabila keadaan sesuai. Berikut video yang tular di laman sosial.

“Gajah jantan ini tidak sesat dan memang menjadikan kawasan di situ sebagai kawasan keliaran. PERHILITAN memang memantau keadaan dan akan jalankan operasi tangkapan apabila keadaan sesuai,” katanya.

Video kemunculan gajah itu turut tular di Facebook yang dirakam seorang penduduk kampung apabila haiwan itu berkeliaran berdekatan kediamannya di Kampung Sri Timur, Kluang. Baca juga (Seorang Lelaki Meninggal Dunia Dipijak Gajah Liar di Endau, Johor – LINK)

Ini Pula Respons Netizen

Hafizhairi Hafiz, Binatang tu dh blah ko ckp la orng kuat tu dh knal ko…time kwn tu trpacak dpan umah ko x nk plak ko say hello fren hawau u fren nk tngok die frendly ke x….

Saiful Darimin, Penduduk kg ni mmg jns jakun n perak..x prnh jpe gajah rimau n bgai..smuanye nk kcau..

Lipan Mera, Bagi je cili kering mesti lari

Adiey Rio, Kucing jmpe kena langgar pon aku xsmpai hati…ni kan gajah..kalau kecik mau aku amik bela..kesian benda yg sma terjadi..sesiapa lapar pon akan buat benda yg sma…kesian betul

Piey Adhi, Kesian tgok binatang semua ni, tempat dorang dah habis di musnah oleh manusia

Sumber Berita Harian dan FB Info Roadblock JPJ/Polis

Tags: , , , , , , , , , , ,

Category: SEMASA

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *