Viral Kereta Jatuh Dari Parkir. Polis Beritahu Kisah Sebenar. Ada VIDEO.

| February 1, 2021 | 0 Comments

Viral Kereta Jatuh Dari Parkir. Polis Beritahu Kisah Sebenar. Ada VIDEO. | Baru ni viral kononnya ada sebuah kereta jatuh dari sebuah perkir shopping mall. Namun polis berita kisah sebenar. Ada video.

Kereta Terbabas, Bukan Jatuh Dari Parkir Bangunan

Video ada di hujung artikel. Polis mengesahkan tiada kejadian kereta terjatuh dari bangunan parkir sebuah pusat membeli belah di Station 18, di sini sepertimana tular di media sosial sejak malam Ahad.

kereta terjatuh parkir

Kejadian kemalangan sekitar jam 6.50 petang itu hanya melibatkan sebuah kereta jenis Proton Saga yang terbabas melanggar palang besi dan penghadang tepi sebelum terbalik.

Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner A Asmadi Abdul Aziz berkata, kejadian itu berlaku ketika pemandu kereta terbabit, seorang wanita berusia 22 tahun tertekan pedal minyak ketika mahu keluar dari kawasan parkir.

Katanya, keadaan itu menyebabkan kenderaan berkenaan melanggar palang besi parkir sebelum merempuh penghadang tepi dan terbalik.

“Wanita berkenaan mengalami kecederaan di bahagian tangan dan bahu kiri sementara kereta rosak teruk di bahagian tepi kiri, bumbung dan cermin sisi,” katanya.

Menurutnya, kejadian itu tidak melibatkan lain-lain kenderaan.

“Kes disiasat di bawah Seksyen 43(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya.

Video Kereta Terbabas Tersebut 1

Video Kereta Terbabas Tersebut 2

Apa Kata Netizen


Sumber: Sinar Harian

Tags: , , , , , , ,

Category: KEMALANGAN

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *