Viral Penduduk Protes PKPD Dilanjutkan, Ini Penjelasan Dari Polis

| December 10, 2020 | 0 Comments

Viral Penduduk Protes PKPD Dilanjutkan, Ini Penjelasan Dari Polis | Kulim – Polis menafikan gambar dan video kononnya penduduk kawasan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) Mukim Seluang di sini melakukan protes susulan lanjutan tempoh PKPD sehingga 24 Disember depan.

Gambar dan video tersebut tular di Facebook dan WhatsApp semalam.

Ketua Polis Daerah Kulim, Superintendan Azhar Hashim berkata, penduduk sebaliknya keluar beramai-ramai untuk mendapatkan maklumat tentang tempoh perintah kawalan pergerakan berkenaan.

Katanya, penduduk dikatakan keliru dengan pelaksanaan PKPD yang disambung 14 hari lagi kerana ada di antara mereka yang sudah memotong gelang merah jambu dan disahkan negatif Covid-19.

“Cuma pada kejadian semalam penduduk rasa gusar tentang bantuan selepas PKPD dilanjutkan kerana ada yang menghadapi masalah kewangan.

“Saya sudah mengarahkan pegawai untuk memberi penerangan mengenai prosedur operasi standard (SOP) kepada masyarakat di kawasan tersebut dan mereka faham apa yang sebenarnya berlaku,” katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kulim di sini hari ini.

Beliau berkata, agensi kerajaan berkaitan sedia menghulurkan bantuan kepada penduduk yang mengalami masalah dan kesukaran sepanjang tempoh PKPD.

“Jangan percaya kepada khabar angin yang tular serta tidak sahih dan kita akan mengambil tindakan ke atas mereka yang cuba menyebarkan maklumat tidak benar,” tambahnya.

Sumber : Kosmo

Tags: , , , , , ,

Category: SEMASA

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *