Viral Warga Emas, Wanita Bergaduh Di Kedai Mamak . ADA VIDEO | Rakaman video berdurasi kira-kira dua minit itu menunjukkan pergaduhan membabitkan seorang lelaki warga emas dan seorang wanita muda. Baca selanjutnya..

DAKWA GADUH SEBAB SUDU GARFU

Petaling Jaya – Satu rakaman video pergaduhan membabitkan dua individu di percayai berlaku di sebuah restoran mamak tular di media sosial sejak semalam.

Rakaman video berdurasi kira-kira dua minit itu menunjukkan pergaduhan membabitkan seorang lelaki warga emas dan seorang wanita muda.

Menerusi video itu, lelaki warga emas itu dilihat terlebih dahulu menjerit ke arah wanita tersebut sebelum wanita berkenaan seolah-olah menampar lelaki itu.

Lelaki warga emas itu kemudian cuba membalas perbuatan wanita itu lalu keadaan menjadi lebih tegang antara kedua-dua mereka.

Dalam rakaman video seterusnya, seorang lelaki lain pula dilihat cuba menyerang lelaki warga emas berkenaan, namun dihalang oleh orang ramai.

Insiden itu menerima kecaman netizen dengan sebahagian mereka menyelar perbuatan wanita berkenaan bertindak demikian terhadap seorang warga emas.

Tidak kurang juga netizen mempersoalkan tindakan lelaki warga emas itu menjerit terhadap wanita muda tersebut.

Bagaimanapun, belum diketahui punca sebenar pergaduhan dan ia berjaya dileraikan oleh orang ramai sebelum keadaan bertambah teruk.

Tonton video tersebut:

Sumber : Kosmo

Share.

Leave A Reply