Wakil PAS Diselar Selepas Puji Tindakan Sekatan Penjualan Alkohol.

| December 1, 2021 | 0 Comments

Wakil PAS Diselar Selepas Puji Tindakan Sekatan Penjualan Alkohol. | GEORGE TOWN: Seorang wakil PAS diselar ketika persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) hari ini selepas memuji sekatan penjualan alkohol dikenakan oleh Kuala Lumpur dan Kedah.

Wakil PAS Diselar Selepas Puji Tindakan Sekatan Penjualan Alkohol.

Mohd Yusni Mat Piah (PN-Penaga) sebelum itu berkata Pulau Pinang sepatutnya mencontohi DBKL dan Kedah dalam menyekat penjualan alkohol.

Katanya, tindakan itu juga diambil Kelantan pimpinan PAS pada 1990 malah diterima baik penduduk bukan Islam di situ.

Menurutnya, kemalangan maut akibat pengaruh alkohol juga semakin meningkat, seterusnya sekatan jualan minuman seperti itu dilihat tepat pada waktunya.

Beliau turut menegaskan premis 4D patut dilarang di Pulau Pinang, sama seperti di Kedah. Namun beliau mengucapkan terima kasih kepada kerajaan negeri atas jawapan bertulis bahawa bilangan premis seumpama itu akan dikurangkan pada masa depan.

Sementara itu, Dr Afif Bahardin (PN-Seberang Jaya) bersetuju sekatan terhadap penjualan alkohol wajar dilakukan, malah katanya banyak negara maju turut berbuat demikian.

Sementara itu, Satees Muniandy (PH-Bagan Dalam) berkata walaupun minuman beralkohol diharamkan Islam, golongan bukan Muslim tidak patut turut dikenakan peraturan seperti itu.

“Agensi penguatkuasaan agama Islam memang wajar mengambil tindakan terhadap Muslim yang minum atau berjudi di premis 4D.

“Di negara seperti Bahrain, alkohol dijual secara terbuka, dan mereka tidak mengenakan sekatan yang menggugat hak orang bukan Islam.”

Katanya, negara tidak memerlukan PAS sebagai “polis moral”.

“Malah jika diberi peluang PAS pasti membawa kita kembali ke zaman batu. Ini soal hak asasi semua rakyat Malaysia. Jika seseorang mahu minum itu haknya. Kenapa tidak mengatakan apa-apa mengenai mereka yang memandu di bawah pengaruh dadah atau ketum?” soalnya.

Sumber: FMT

Tags: , , ,

Category: POLITIK

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *