Wanita Berang Beli Iphone Sampai RM 6000, Tapi Ini Yang Dia Dapat.. | Baru-baru ini tular di Weibo, seorang wanita di China terkejut dan berang kerana iPhone yang dibelinya ditukarkan dengan bungkusan berisi air kotak berperisa epal.

Wanita yang dikenali sebagai Liu itu menjelaskan bahawa beliau menempah sebuah telefon pintar iaitu iPhone 12 Pro Max melalui atas talian di laman web Apple pada 16 Januari yang lalu.

Beberapa hari kemudian, beliau terima sebuah bungkusan yang disangka telefon tersebut dan terkejut kerana hanya ada air kotak sahaja di dalamnya. Beliau turut mengatakan telah menghabiskan sebanyak 10,099 yuan (RM 6334) untuk membeli peranti tersebut.

“Penghantar barang memberitahu dia meninggalkan bungkusan itu di dalam peti simpanan di kawasan perumahan saya dan saya tidak membuat aduan” katanya.

Polis tempatan melaporkan bahawa kes tersebut merupakan salah satu kes kecurian. Syarikat Apple dan Express Mail Service (EMS) iaitu syarikat kurier di China memberitahu Liu bahawa mereka sedang menjalankan siasatan.

Sumber : Global Times

Share.

Leave A Reply