Wanita Berdepan Detik Cemas, Kereta Terperangkap Dlm Banjir | KLANG – Seorang wanita berdepan detik cemas selepas kenderaan dipandu terperangkap di dalam banjir di Klang Central, Jalan Meru, Taman Perindustrian Meru, di sini pada Ahad.

Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor, Mohamadul Ehsan Mohd Zain berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berkaitan insiden itu pada jam 5.44 pagi.

“Sepasukan anggota bomba dan penyelamat diketuai Komander Operasi Pegawai Bomba Kanan (PBK) II Rafizi Taib bersama jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sungai Pinang bergegas ke lokasi kejadian,” katanya dalam kenyataan pada Ahad.

Menurut beliau, dilaporkan berlaku limpahan air di lokasi tersebut pada kedalaman kira-kira 1.3 meter.

“Seorang wanita berusia 57 tahun yang memandu kereta jenis Perodua Aruz telah tersekat di dalam limpahan air tersebut.

“Bagaimanapun, pemandu wanita tersebut berjaya keluar dari kenderaan dengan bantuan orang awam sebelum pihak bomba tiba di lokasi.

“Mangsa dilaporkan tidak mengalami sebarang kecederaan manakala limpahan air di kawasan tersebut telah surut,” katanya.

Sumber: SINAR HARIAN

 

ARTIKEL LAIN YANG BOLEH DIBACA

 

2 Pemandu Cemas Kereta Terperangkap Banjir Kilat

2 Pemandu Cemas Kereta Terperangkap Banjir Kilat | Dua pemandu berdepan detik cemas selepas kenderaan masing-masing terperangkap akibat banjir kilat di Jalan Chan Sow Lin, pada malam semalam.

Superintendan Ashari Abu Samah, Ketua Polis Daerah Wangsa Maju, berkata dalam kejadian jam 7.40 malam itu, paras air di kawasan berkenaan naik secara mendadak.

Beliau juga berkata bahawa terdapat dua mangsa dalam kejadian ini membabitkan seorang wanita berusia 23 tahun yang memandu Perodua Axia dan seorang lelaki berusia 39 tahun yang memandu kereta jenis Subaru.

Ketika menghubungi Ashari pada hari ini, beliau menyatakan bahawa kedua-dua kenderaan itu dikatakan masuk ke kawasan banjir (kilat) dan tidak sempat untuk mengundur kenderaan.

Ashari berkata, kedua-dua mangsa yang terperangkap itu berjaya diselamatkan dan dilaporkan tidak mengalami sebarang kecederaan.

Beliau bertambah lagi, kedua-dua kenderaan itu juga sudah dikeluarkan dengan bantuan pihak bomba dan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL).

Sementara itu, Polis Kuala Lumpur melakukan pemantauan di beberapa lokasi dinaiki air di Terowong Projek Perumahan Rakyat (PPR) Muhibah dan Jalan Kuchai Lama.

Berdasarkan laporan dimuat naik di Facebook Polis KL, air mulai surut di dua lokasi berkenaan mulai surut dan laluan mula dibuka semula untuk pengguna jalan raya.

Sumber: Berita Harian

Share.

Leave A Reply