Wanita Bunuh Seorang Lelaki Ditemukan Sedih & Panik Di Sisi Mayat. | Seremban: Seorang lelaki ditemukan maut dengan kesan luka pada rusuk kanan di sebuah unit apartmen di Taman Bukit Delima, di sini, malam ini, dipercayai akibat pergaduhan dengan seorang wanita.

Mayat lelaki itu ditemukan dalam keadaan terlentang di ruang tamu rumah berkenaan serta terdapat kesan darah di beberapa lokasi di dalam kediaman itu, kira-kira 9.30 malam.

Ketua Polis Daerah Seremban Asisten Komisioner Nanda Maarof berkata, siasatan awal mendapati wanita berkenaan adalah isteri kepada mangsa, namun kesahihannya masih belum dipastikan.

“Kami menerima panggilan daripada pengawal keselamatan di apartmen ini yang memaklumkan terdapat kematian di lokasi sebelum sepasukan anggota bergegas ke tempat kejadian.

“Sebaik tiba, kami menemui mayat lelaki warga tempatan dalam keadaan terlentang dan kesan darah pada lantai. Terdapat seorang wanita berada di lokasi dalam keadaan panik dan kesedihan,” katanya ketika ditemui di lokasi, malam ini.

Nanda memaklumkan, siasatan lanjut pada mayat dan lokasi kejadian mendapati terdapat kesan luka pada rusuk kanan mangsa selain menemui sebilah pisau pemotong sayur dipercayai senjata yang digunakan dalam kejadian ini.

“Siasatan juga mendapati wanita ini adalah warga Vietnam berusia 33 tahun dan dipercayai masuk ke negara ini pada Jun lalu. Bagaimanapun kami akan membuat semakan dengan Jabatan Imigresen Malaysia (JIM).

“Daripada maklumat awal yang kami terima daripada orang awam di sekitar lokasi, mereka memaklumkan terdengar pergaduhan antara mangsa dan wanita berkenaan kira-kira 9 malam.

“Pihak kami akan menahan wanita terbabit bagi membantu siasatan. Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan,” katanya.

Katanya, polis masih mengesan saksi lain bagi membantu siasatan kejadian ini dan orang awam yang mempunyai maklumat diminta supaya menyalurkannya kepada pihak berkuasa.

Sumber : HM

 

 

ARTIKEL LAIN UNTUK DIBACA

PN sudah hantar senarai sokongan.

Kuala Lumpur: Pengerusi Pakatan Harapan (PH), Datuk Seri Anwar Ibrahim patut mempersembah senarai Ahli Parlimen yang menyokong beliau kepada Istana Negara lebih awal daripada Perikatan Nasional (PN).

Pengerusinya, Tan Sri Muhyiddin Yassin tidak percaya dakwaan Anwar memiliki sokongan majoriti 112 Ahli Parlimen, untuk dicalonkan sebagai Perdana Menteri dan cuba mengelirukan rakyat.

Sumber dalam kepimpinan PN berkata, PN sudah menghantar senarai sokongan kepada Muhyiddin sebelum tamat tempoh seperti yang diminta oleh Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, 2 petang tadi.

“Selepas itu, ada pihak minta masa untuk menyiapkan senarai. Tempoh itu dilanjutkan sehingga esok (Selasa),” katanya kepada BH Online.

Beliau berkata, Muhyiddin ada mendapat permohonan daripada Presiden Umno, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi untuk berjumpa, namun oleh kerana kekangan masa, perjumpaan itu tidak dapat diadakan.

Ditanya mengenai kemelut dalam Umno, beliau berkata, kepimpinan Umno di peringkat bahagian wajar bersuara jika presiden melanggar peraturan parti atau ketetapan Perhimpunan Agung Umno.

“Apa yang mereka takutkan. Presiden mereka secara terang melanggar persetujuan hala tuju parti yang dibuat ketika Perhimpunan Agung Umno yang lalu. Jika ada yang hendak dipecat, presiden merekalah yang sepatutnya dipecat.

“Mereka harus bersuara di semua peringkat bukan hanya satu atau dua pemimpin sahaja,” katanya.

Ketika diminta mengulas kenyataan Presiden Parti Demokratik Progresif (PDP), Datuk Seri Tiong King Sing yang berkata, semua Ahli Parlimen GPS akan membuat analisis dan berbincang semua dalam kalangan mereka berhubung calon perdana menteri, beliau menjelaskan, perkara itu sudah diselesaikan dan dijelaskan secara dalaman.

Sebelum ini, King Sing yang juga Ahli Parlimen Bintulu berkata, Pengerusi Gabungan Parti Sarawak, Tan Sri Abang Johari Abang Openg akan membuat keputusan berlandaskan analisis itu.

Abang Johari sebelum ini menyatakan GPS bersetuju menyertai kerajaan gabungan bersama PN dan Gerakan Rakyat Sabah (GRS) dan menamakan Muhyiddin sebagai calon Perdana Menteri.

Share.

Leave A Reply