Wanita Cabul 17 Kanak-kanak | Menggemparkan apabila seorang wanita di Indonesia disyaki menjadi suspek utama yang terbabit dalam kes cabul terhadap 17 kanak-kanak bawah umur.
Portal Kompas melaporkan, mangsa terdiri daripada enam kanak-kanak perempuan dan 11 lelaki.
Eff, salah satu satu ahli keluarga memberitahu suspek yang berusia 25 tahun dan mangsa menetap di kawasan yang sama.
Suspek dikatakan menawarkan perkhidmatan sewaan permainan Play Station di rumahnya.
Insiden itu berlaku ketika mangsa sedang bermain permainan video di rumah suspek.
Ketika asyik bermain, suspek menutup pintu rumahnya dan memaksa mangsa mengikut kemahuannya.
Menurut Eff, suspek sering memaksa mangsa terdiri daripada kanak-kanak lelaki untuk menyentuh bahagian badannya.
Bagaimanapun, suspek memutarbelitkan fakta bahawa dirinya adalah mangsa jenayah seksual.
Lebih keji, mangsa perempuan diminta mengintipnya ketika suspek melakukan hubungan intim dengan suaminya.
Susulan kejadian, ibu bapa mangsa melaporkan kejadian kepada polis.
Sementara itu, Pengarah Siasatan Jenayah Jambi, Andri Ananta memaklumkan, pihaknya masih melakukan siasatan di tempat kejadian bagi memeriksa saksi tambahan, termasuk suami suspek.
Beliau berkata, ada enam saksi tambahan, termasuk suami suspek dan ibu mentuanya.
Beliau juga berkata, setakat ini, mereka baru mengambil keterangan daripada suaminya sebagai saksi.
Sumber: Harian Metro
Artikel Lain
Lelaki Dipenjara Dan Denda RM6,000 Cabul, Tunjuk Kemaluan
Lelaki Dipenjara Dan Denda RM6,000 Cabul, Tunjuk Kemaluan | Mahkamah Majistret hari ini menjatuhkan hukuman penjara sebulan dan denda RM6,000 terhadap seorang pembantu restoran kerana mencabul kehormatan dan menunjukkan kemaluan kepada wanita.
Yap Jian Sheng, berusia 24 tahun, menjalani hukuman penjara bermula kelmarin iaitu hari tangkapan dan akan dipenjara tiga minggu lagi jika gagal membayar denda berkenaan.
Majistret Nuzul Izzah Shaharuddin menetapkan keputusan itu selepas Jian Sheng mengaku bersalah atas dua pertuduhan yang disabitkan ke atasnya.
Mengikut pertuduhan, lelaki berkenaan menggunakan kekerasan jenayah dengan mencabul kehormatan seorang wanita warga asing berusia 27 tahun.
Oleh itu, tertuduh melakukan kesalahan mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan (KK) yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 10 tahun atau denda atau sebatan atau mana-mana daripada dua hukuman itu.
Jian Sheng juga didakwa melakukan perbuatan lucah dengan menunjukkan kemaluan yang mendatangkan kegusaran kepada seorang wanita berusia 26 tahun.
Kesalahan mengikut Seksyen 294(a) KK yang memperuntukkan penjara maksimum tiga bulan atau denda atau kedua-keduanya.
Dua kesalahan terbabit dilakukan di sebuah residensi sama di Kepong, Sentul, pada jam 2 pagi dan 1.30 pagi masing-masing 14 serta 19 Oktober lalu.
Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya, Nur Diana Mohamad Saad, memohon hukuman berat dan setimpal dikenakan terhadap tertuduh sebagai pengajaran.
“Tindakan tertuduh juga menyebabkan mangsa trauma dan takut. Kejadian itu berlaku pada Oktober lalu, namun mangsa masih ingat insiden yang berlaku.
“Tertuduh bukan saja mengancam keselamatan mangsa, namun kepada masyarakat secara menyeluruh,” katanya.
Bagaimanapun, Jian Sheng yang tidak diwakili peguam meminta hukuman minimum kerana perlu menanggung keluarga.
Jian berkata, dia belum berkahwin dan hanya kerja di restoran selain tinggal di rumah majikan.
Jian bertambah lagi bahawa bapanya sakit dan tak bekerja, manakala ibu Jian hanya seorang penjaja. Oleh itu, Dia minta untuk mengurangkan denda dan hukuman.
Sementara itu, Jian Sheng mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini, atas dua lagi pertuduhan amang seksual membabitkan dua remaja perempuan.
Mengikut pertuduhan, lelaki berkenaan dengan sengaja melakukan amang seksual fizikal dengan memeluk dan menyentuh kemaluan seorang remaja perempuan berusia 16 tahun.
Dengan itu, tertuduh melakukan kesalahan mengikut Seksyen 14 (a) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan sebatan.
Jian Sheng juga didakwa dengan sengaja melakukan amang seksual bukan fizikal dengan menunjukkan kemaluan kepada seorang remaja perempuan berusia 13 tahun.
Kesalahan itu mengikut Seksyen 15 (a) (i) akta sama yang membawa kepada hukuman penjara tidak melebihi 10 tahun atau denda maksimum RM20,000 atau kedua-duanya.
Dua kesalahan berkenaan dilakukan di sebuah residensi sama di Kepong, Sentul, pada jam 6.30 petang dan 8.30 malam masing-masing 11 Oktober dan 25 November lalu.
Ketika prosiding, Julaila Jamaludin, Timbalan Pendakwa Raya, memohon tertuduh tidak diikat jamin kerana mendatangkan risiko kepada masyarakat.
Beliau berkata bahawa ia memandangkan kesalahan terhadap kanak-kanak dilakukan di kawasan berlainan sekali gus wujud masalah jika tertuduh dilepaskan. Tertuduh tidak akan dapat dikesan jika diberi jaminan kerana tiada tempat tinggal tetap.
Bagaimanapun, Jian Sheng memohon diberi jaminan atas alasan sudah insaf.
Jian berkata dia tidak minta apa-apa kecuali jaminan. Dia diberitahu pengurusnya akan menjadi penjamin, namun setakat ini tidak nampak kehadirannya dalam mahkamah.
Hakim Tasnim Abu Bakar kemudian tidak menetapkan sebarang jaminan dan sebutan kes seterusnya pada 31 Januari tahun depan.
Sumber: Berita Harian