Wanita Cedera Selepas Jari Tersepit Mesin Pengisar Ayam | Seorang wanita dipercayai seorang pekerja di sebuah kilang ayam terpaksa menanggung azab perit selepas dia terlibat dalam satu kemalangan melibatkan jari kirinya yang dikhabarkan telah tersepit dalam sebuah mesin pengisar di kilang ayam berdekatan Pelabuhan Lumut, di sini, baru-baru ini.

Wanita Cedera Selepas Jari Tersepit Mesin Pengisar Ayam

Menurut Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, mangsa yang masih berusia 19 tahun tersebut dilaporkan mengalami cedera ringan akibat kejadian tersebut yang berlaku pada jam 10.15 pagi.

Tambahnya lagi, Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sitiawan dilaporkan telah menerima panggilan kecemasan kira-kira pada 10.15 pagi sebelum sepasukan anggota dihantar ke lokasi kejadian bagi memberi bantuan kepada mangsa.

Kejadian dikatakan berlaku ketika remaja tersebut sedang mengisar isi ayam serta anggota bomba turut dikhabarkan terpaksa melakukan operasi menyelamat dengan menggunakan peralatan khas selama 10 minit.

Mangsa kini dilaporkan selamar namun mengalami kecederaan ringan di jari manis tangan kiri serta mangsa turut dikejarkan ke hospital berdekatan bagi mendapatkan rawatan lanjut.

Sumber: Berita Harian

Share.

Leave A Reply