Wanita Dakwa Suami Diperas Ugut Dalam Pencarian Polis | Polis meminta supaya seorang wanita tampil menyerahkan diri kerana telah membuat dakwaan bahawa suaminya merupakan mangsa pemerasan anggota polis untuk memberikan maklumat agar tindakan dan siasatan lebih lanjut dapat dilakukan.

Ketua Polis Perak, Datuk Mior Faridalathrash Wahid, berkata individu terbabit memuat naik dakwaan itu dalam Facebook. Individu terbabit boleh terus berjumpa beliau sekiranya khuatir dikenakan tindakan jika berhubung melalui pegawai atau anggotanya di balai polis.

Pihaknya sudah mengarahkan anggota Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ipoh menyiasat kes itu namun cubaan untuk mengesan individu terbabit termasuk dengan pergi ke premis miliknya tidak berjaya mengesannya. Wanita itu turut telah memadam hantyaran beliau mengenai suaminya diperas anggota polis itu.

Oleh itu beliau meminta mangsa untuk tampil, sekiranya beliau merasa takut wanita itu boleh bertemu secara terus dengan Datuk Mior sendiri untuk memberikan maklumat berkaitan kejadian itu. Mungkin wanita itu takut maka beliau meminta kepada mereka yang rasa dianiaya, diperas ugut oleh agensi penguat kuasa supaya tampil (buat aduan) untuk pihak berkuasa mengambil tindakan tegas.

Biarpun tiada sebarang laporan polis diterima berhubung insiden itu, siasatan mengenainya dijalankan berikutan dakwaan yang membabitkan salah laku anggotanya dipandang serius. Mereka juga ingin bantu mangsa untuk cari kebenarannya. Jadi sebab itu beliau minta wanita itu tampil walaupun dia sudah memadamkan hantaran mengenainya selain memuat naik satu lagi hantaran sebagai tanda meminta maaf.

Pada 11 Mei lalu, pengguna Facebook berkenaan memuat naik hantaran mendakwa suaminya yang juga seorang mekanik bersama seorang rakan diperas ugut beberapa anggota polis di sebuah bank di Klebang, di sini tetapi hantaran itu dipadam kemudian tular di Facebook.

Namun pada 17 Mei lalu, individu berkenaan memuat naik satu lagi hantaran meminta maaf kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan menyatakan bahawa dakwaan mengenai polis menahan dan memeras ugut suaminya hanya cerita rekaan suaminya bagi menggunakan wang simpanan mereka untuk tujuan lain.

Sumber: Berita Harian

Share.

Leave A Reply