Seorang wanita dikhuatiri maut dibaham buaya ketika memancing di Sungai Telong, Suai, tengah hari tadi.

Wanita Dikhuatiri Maut Disambar Buaya Ketika Memancing

Ketika kejadian, Demit Chagai, 43, dikatakan leka memancing bersama-sama ibu dan ibu saudaranya di sungai berkenaan.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Batu Niah, Rary Binji, berkata mereka terkejut apabila seekor buaya timbul secara tiba-tiba dan menyambar mangsa sebelum menyeretnya ke dalam air.

Katanya, kejadian berlaku dengan pantas dan ibu serta ibu saudara mangsa tidak dapat berbuat apa-apa.

Jelasnya, sebaik menerima panggilan pada jam 12.10 tengah hari tadi, empat anggota dikerah ke lokasi kejadian.

Tambahnya, mereka dimaklumkan bahawa mangsa memakai kemeja T merah dan seluar panjang hitam.

Rary Binji berkata, usaha mengesan dan mencari mangsa giat dijalankan dengan bantuan penduduk kampung pada jarak tiga kilometer (km) ke hulu dan hilir sungai dari lokasi terakhir mangsa dilihat.

Sumber: Berita Harian

Share.

Leave A Reply