Wanita Diserang Cemas Apabila Lelaki Cuba Buka Seluar

| April 7, 2021 | 0 Comments

Wanita Diserang Cemas Apabila Lelaki Cuba Buka Seluar | Peningkatan jenayah yang melibatkan wanita hari demi hari ternyata semakin membimbangkan. Ramai wanita yang menjadi mangsa dan mereka perlu mengelakkan diri dari terus menjadi mangsa.

Wanita Diserang Cemas Apabila Lelaki Cuba Buka Seluar

Baru-baru ini seorang wanita telah berhadapan dengan detik cemas apabila dia diganggu serta diserang oleh seorang lelaki ketika berada di dalam kereta berhampiran dengan tempat letak kereta di kawasan kondominium di Persiaran Suntex, Cheras, pada Ahad lepas.

Kejadian itu telah dikongsikan di posting laman Facebook wanita itu sendiri. Wanita berusia 24 tahun itu menceritakan pengalaman menghadapi detik cemas dan mengerikan apabila suspek yang menunggang motosikal datang berhampiran tingkap keretanya.

Menurut mangsa, pada mulanya suspek dilihat seperti mahu bertanyakan sesuatu, namun percakapannya kurang jelas. Suspek kemudiannya cuba untuk membuka seluarnya tetapi apabila menyedari perbuatannya sedang dirakam oleh mangsa, lelaki itu membatalkan hasratnya.

Ekoran dari itu, suspek kemudian bertindak mengambil sesuatu dari motosikalnya yang dipercayai batu yang dibaling ke arah cermin bahagian pemandu kereta mangsa dan menyebabkan ia pecah.

Difahamkan lelaki itu turut bergelut untuk merampas telefon bimbit yang mempunyai bahan bukti akibat perbuatannya dari mangsa. Namun, dia tidak berjaya kerana mangsa sempat menjerit meminta pertolongan orang lain yang berdekatan dengan kawasan tersebut sebelum bertindak untuk melarikan diri.

Menerusi posting tersebut, mangsa dikatakan mengalami kecederaan ringan pada bahagian tangan kanan dan telah membuat laporan polis berkaitan kejadian itu.

Ketua Polis Daerah Kajang Asisten Komisioner Mohd Zaidi berkata, pihaknya telah menerima laporan berhubung kejadian itu daripada mangsa yang juga merupakan seorang kerani di sebuah syarikat swasta.

Beliau berkata, siasatan lanjut berhubung kejadian itu sedang giat dijalankan mengikut Seksyen 323/427 Kanun Keseksaan.

Diharapkan agar mangsa segera pulih dari kecederaan dan berharap agar wanita di luar sana lebih berhati-hati terutamanya ketika keluar seorang diri.

Sumber : Buzzkini, OhhMedia 

 

Tags: ,

Category: JENAYAH

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *