Wanita Ini Pelik Terima Bungkusan Yang Beliau Tidak Beli, Rupa-rupanya Ini Yang Berlaku

| January 21, 2021 | 0 Comments
Wanita Ini Pelik Terima Bungkusan Yang Beliau Tidak Beli, Rupa-rupanya Ini Yang Berlaku | Aplikasi Shopee dan Lazada menjadi tumpuan orang ramai dalam pembelian yang pelbagai. Aplikasi tersebut juga mudah digunakan dan menyediakan pelbagai kemudahan serta barangan kepada pengguna. Bak kata orang sekarang, nak apa sahaja semua ada di Shopee. Pembayaran di Shopee juga amat mudah kerana ia pembayaran yang menggunakan atas talian. Pengguna juga boleh meletakkan terus maklumat pembayaran seperti maklumat perbankan di aplikasi tersebut dan terus bayar.
Wanita Ini Pelik Terima Bungkusan Yang Beliau Tidak Beli, Rupa-rupanya Ini Yang Berlaku
Baru-baru ini, tular seorang wanita berkongsi kisah lucu tentang anaknya yang baru sahaja berusia lima tahun membeli dua pasang kasut Frozen tanpa pengetahuannya. Dikatakan anaknya membeli kasut tersebut di aplikasi Lazada. Kisah ini dikongsi di dalam sebuah laman Facebook Anak Sepahkan Apa Hari Ini.
Sorry topik lain..kali ni bukan pasal sepah..tapi anak shopping diam-diam kat lazada..
Baru kejap tadi abang Ninjavan bagi salam macam aku 1 km kuatnya..berlari keluar sebab terkejut..tengok-tengok ade barang…aku dah pelik ni…dia pulak sebut nama aku..aku tengok memang nama aku..makin pelik ni sebab seingat aku memag takde order barang online baru-baru ni…punya penasaran..kat luar jugak aku bukak..
Tengok-tengok kasut budak..aku jadi blur macam hape…pastu check kat shopee…takde..tengok kat lazada pulak…makkk hoiiii!!! nak pengsan, nak pitam..migrain aku..Allahuakbar..
Entah bila masa dia main handphone aku pergi order pun tak tahu…sebab dia¬† tak penah buat macam tu…dia pulak muka excited..serba salah nak marah..aku pun bagi je la tanpa marah-marah..aku cuma terkejut je harga shipping fee dia tu…tak pernah aku kena gitu..adoiiii..
Ni dia order dua pulak tu…adik dia dua tahun..kecik lagi memang tak muat.. satu lagi aku jual je balik kot…siapa nak beli?? RM 60 je…,
Dia order saiz 9-11tahun..dua pasang, kedai lain-lain….dia baru umur 5 tahun..disebabkan dia semangat..muat…
Dua hari sebelum kasut smpai…ibu ade order baju-baju frozen…konon nak buat surprise la…tup-tup ..dia yang buat surprise kat ibu dia..macam tau-tau je ibu takde order kasut…hadoiiii..kesian adek sedih xde kasut cantik..pkai slipo lame kakak dia je laa..
Moral of the story…sila uninstall semua shopping online. Jadi tak la parah kalau kena lagi….gara-gara tak buat password..padan muka ibu…
Gara-gara ibu kaki shopping online..setting payment memag dah siap-siap..tinggal mintak OTP nobor je…
Wanita Ini Pelik Terima Bungkusan Yang Beliau Tidak Beli, Rupa-rupanya Ini Yang Berlaku
Wanita Ini Pelik Terima Bungkusan Yang Beliau Tidak Beli, Rupa-rupanya Ini Yang Berlaku
Hasil ‘siasatan’ yang dilakukan oleh wanita ini, anaknya dibantu oleh sepupunya yang berusia 8 tahun dalam melakukan pembelian kasut tersebut.

Sumber : Ain Musa (Anak Sepahkan Hari Ini)

Tags: , , , ,

Category: DUNIA, INFORMASI, KELUARGA, PELIK, SEMASA

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *