Wanita Jatuh Melalui Pencawang Terminal Tengah Ketika Memburu Hantu | Polis di Buffalo kini sedang melakukan penyiasatan berhubung kejadian melibatkan seorang wanita Kenmore berusia 35 tahun dilaporkan terjatuh dari bumbung pencawang ketika mereka melakukan aktiviti memburu hantu di Terminal Tengah, Buffalo, baru-baru ini.
Seorang anggota polis Buffalo, Ferry Fillmore memberitahu bahawa wanita tersebut telah terjatuh dari bumbung yang sekitar tingginya 15-20 kaki berhampiran bahagian belakang bumbung Terminal Pusat tersebut ketika menjalani misi tersebut.
Tambahnya lagi,unit keselamatan telah menerima panggilan kecemasan sekitar jam 10.30 malam sebelum semua unit dikerahkan ke tempat kejadian bagi memberi bantuan kepada mangsa yang dilaporkan mengalami kecederaan akibat kemalangan tersebut.
Sebuah ambulans juga telah dikerahkan ke lokasi kejadian untuk membawa wanita tersebut ke EMCM bagi mendapatkan rawatan selanjutnya manakala lelaki yang turut terjatuh dari bumbung tersebut dilaporkan tidak mengalami sebarang kecederaan.
Polis mengatakan lelaki dan wanita tersebut sedang melakukan aktiviti memburu hantu tanpa izin sebelum wanita itu jatuh melalui bumbung pencawang berhampiran bahagian belakang Terminal Pusat. Polis turut melaporkan bahawa kedua-duanya belum didakwa pada masa ini dan kes dilaporkan masih dalam siasatan pihak polis.
Sumber: WIVB.com