Seorang wanita berusia 21 tahun maut selepas kereta dipandunya terbabit dengan kemalangan dengan sebuah lori lima tan dalam kejadian berhampiran Tenaga Nasional Berhad (TNB) Renggam, Jalan Renggam-Simpang Renggam di sini.

Seorang wanita berusia 21 tahun maut selepas kereta dipandunya terbabit dengan kemalangan dengan sebuah lori dalam kejadian berhampiran Tenaga Nasional Berhad (TNB) Renggam, Simpang Renggam di Kluang Johor. - Foto Bomba

Komander Operasi Penolong Penguasa Bomba Muhammad Nizar Ma’mun daripada Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Renggam, berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan berkaitan kemalangan itu pada jam 7.33 malam.

“Susulan itu seramai 10 anggota dibantu sebuah jentera Light Fire Rescue Tender (LFRT) dikejarkan ke tempat kejadian.

“Kemalangan tersebut membabitkan sebuah kereta Hyundai Atos dipandu gadis berkenaan, Tasnim Nazatul Amiera Mohd Nasrun berusia 21 tahun dengan sebuah lori Hino lima tan,” katanya ketika dihubungi.

Beliau berkata, kemalangan berkenaan menyebabkan gadis berkenaan tersepit di tempat duduk pemandu.

Katanya, pihak bomba menggunakan peralatan khas bagi mengeluarkan mangsa yang tersepit

“Mangsa yang cedera dikeluarkan dalam keadaan tidak sedarkan diri yang kemudiannya disahkan meninggal dunia oleh pasukan perubatan yang hadir sebelum diserahkan kepada pihak polis,” katanya.

Sementara pemandu lori berkenaan katanya, Mohd Suhaimi Samsudin, 42, tidak mengalami sebarang kecederaan dan operasi tersebut ditamatkan pada jam 9.42 malam.

May be an image of 1 person, car and outdoors

May be an image of car

Sumber : BH

ARTIKEL LAIN YANG BOLEH DIBACA

Remaja 15 tahun M4ut, Motosikal Terbabas Slps Langgar Lori

Seorang pelajar sekolah menengah di Kuantan meninggal dunia selepas motosikal yang ditungganginya melanggar sebuah lori menyebabkan ia terbabas dan merempuh sebuah kereta di Jalan Lapangan Terbang berhampiran Lapangan Terbang Sultan Ahmad Shah (LTSAS), Kuantan pada Isnin.

Pelajar berusia 15 tahun itu meninggal dunia di tempat kejadian akibat mengalami kecederaan parah.

Ketua Polis Daerah Kuantan, Asisten Komisioner Wan Mohd Zahari Wan Busu berkata, nahas membabitkan tiga buah kenderaan iaitu motosikal jenis Yamaha LC 135, lori Nissan dan Perodua Axia.

“Hasil siasatan awal mendapati penunggang motosikal dari arah LTSAS menghala ke arah Kuantan manakala pemandu lori dan pemandu kereta dari arah Kuantan menghala ke LTSAS.

“Ketika pemandu lori sedang membelok ke simpang sebelah kanan, secara tiba-tiba mangsa yang datang dari arah bertentangan telah melanggar lori lalu terbabas melanggar kereta yang datang dari arah Kuantan,” katanya pada Selasa.

Wan Mohd Zahari berkata, siasatan awal mendapati kemalangan berlaku kerana kecuaian pemandu lori yang gagal memberi laluan kepada kenderaan yang bergerak lurus.

Bagaimanapun katanya, pemandu lori berkenaan tiada rekod saman, begitu juga mangsa.

“Namun, pemandu kereta mempunyai dua rekod saman lampau iaitu pandu laju yang dikesan menerusi sistem Saman Cops,” ujar beliau.

Menurutnya, mayat mangsa dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) bagi tujuan bedah siasat dan sampel darah serta urin mangsa diambil untuk tujuan toksikologi.Katanya, kes masih dalam siasatan lanjut di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.Sumber : KMN

Share.

Leave A Reply