Seorang wanita maut selepas kenderaan dipandunya hilang kawalan sebelum merempuh sebuah lori membawa muatan ayam di Jalan Bukit Kepong-Labis, Kampung Kecil Bukit Kepong, di sini, semalam.
Ketua Polis Daerah Muar, Asisten Komisioner Raiz Mukhliz Azman Aziz berkata, dalam kejadian pada pukul 8.45 malam itu, mangsa, Tay Huei Koon, 49, meninggal dunia di tempat kejadian.
Menurutnya, ketika kejadian, mangsa yang memandu kereta jenis Honda Jazz dalam perjalanan dari Bukit Kepong di sini menuju ke Labis, Segamat.
“Sejurus tiba di lokasi kejadian, mangsa disyaki gagal mengawal kenderaannya lalu terbabas dan memasuki lorong bertentangan sebelum merempuh sebuah lori lima tan.
“Pemandu lori berusia 53 tahun cuba mengelak ke kiri, namun telah terlanggar tayar bahagian belakang kereta mangsa sehingganya menyebabkan kenderaan itu terbalik.
“Akibat perlanggaran itu, tayar kereta Honda Jazz itu tercabut dan terkena pada sebuah lagi kereta jenis Perodua Myvi yang berada di belakang lori ketika itu,” katanya ketika dihubungi di sini.
Raiz Mukhliz berkata, pemandu lori mengalami luka di bahagian tangan dan pemandu Perodua Myvi merupakan seorang lelaki berusia 24 tahun tidak mengalami sebarang kecederaan.
Sumber : Kosmo
ARTIKEL LAIN YANG BOLEH DIBACA
[VIDEO] Kereta Terjunam Dalam Tasik, 3 Individu Nyaris Lemas
Masalah pada brek dipercayai punca sebuah kereta terbabas masuk ke dalam tasik di Kampung Parit Jorak Elahi, Bukit Pasir, tengah hari semalam, sehingga menyebabkan seorang pemandu dan dua penumpang, nyaris lemas.
Ketua Polis Daerah Batu Pahat, Asisten Komisoner Ismail Dollah, berkata punca sebenar nahas bagaimanapun masih disiasat.
Katanya, semua mangsa yang berusia antara 25 tahun hingga 28 tahun tidak cedera dan masih belum membuat laporan polis.
“Kira-kira jam 1.30 tengah hari, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Batu Pahat menerima maklumat daripada orang awam memaklumkan satu kemalangan jalan raya membabitkan sebuah kereta terbabas masuk ke dalam tasik di Jalan Bukit Pasir.
“Siasatan awal mendapati kemalangan berlaku ketika kereta berkenaan yang dipandu oleh seorang lelaki bersama dua rakan perempuannya dalam perjalanan dari arah Tongkang Pechah menghala ke arah Batu Pahat.
“Setiba di tempat kejadian, kereta yang dipandu dikatakan hilang kawalan lalu terbabas dan terus masuk ke dalam tasik di sebelah kanan jalan,” katanya.
Beliau berkata, dengan bantuan orang awam, ketiga-tiga mangsa sempat keluar sebelum kereta tenggelam,” katanya ketika dihubungi.
Kes disiasat mengikut Rule 10 LN 166/59 kerana gagal mengawal kenderaan ketika memandu.
Terdahulu, seorang lelaki dilaporkan sanggup menggadai nyawa menyelamatkan tiga individu hampir lemas selepas kereta dinaiki mereka terbabas dan terjatuh ke dalam tasik berkenaan.
Kemalangan melibatkan sebuah kereta yg hilang kawalan & terjunam ke dalam tasik di Tasik Merdeka, Batu Pahat sebentar tadi.
Syukur 3 mangsa dapat diselamatkan oleh individu berbaju oren ini yg dikenali sebagai Jai.
Salute boss! pic.twitter.com/1JY4m9lwqS
— MyWatch (@My_CrimeWatch) January 17, 2023
Sumber : KMN