Wanita Maut, Budak Lelaki Parah Kereta Rempuh Pokok

| October 27, 2020 | 0 Comments

| Kuala Lumpur: Seorang wanita maut, manakala seorang kanak-kanak lelaki parah selepas kereta dinaiki mereka terbabas dan merempuh pokok berhampiran sebuah sekolah di Jalan Loke Yew, di sini, hari ini.

Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kuala Lumpur dalam kenyataannya berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada 6.15 pagi.

Katanya, seramai 10 anggota bersama dua jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Pudu dikejarkan ke lokasi kejadian.

“Sebaik tiba, kami mendapati kemalangan membabitkan sebuah kereta Proton Wira dinaiki dua mangsa dengan seorang wanita tersepit di tempat duduk pemandu.

“Mangsa berjaya dikeluarkan anggota bomba yang bertugas sebelum disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian,” katanya, hari ini.

Katanya, seorang lagi mangsa yang juga kanak-kanak lelaki itu pula berjaya dikeluarkan oleh orang awam.

“Mayat mangsa diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut, manakala kanak-kanak yang mengalami kecederaan pada bahagian muka dihantar ke Hospital Kuala Lumpur bagi menerima rawatan,” katanya.

Sumber : HMetro

Tags: , , , , ,

Category: KEMALANGAN

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *