Wanita Maut Dihempap Pokok Ketika Sedang Joging.

| February 23, 2021 | 0 Comments

Wanita Maut Dihempap Pokok Ketika Sedang Joging. | SINGAPURA – Seorang wanita berusia 38 tahun maut dihempap sebatang pokok yang tumbang ketika sedang berjoging di Taman Marsiling awal pagi Khamis bersamaan 18 Februari 2021.

Menurut Pasukan Pertahanan Awam Singapura (SCDF), mereka menerima maklumat mengenai kejadian tersebut sekitar jam 8.15 pagi. Mangsa dikenali sebagai Loke Xiao Li merupakan seorang penyelaras kanan teknikal di studio Channel News Asia.

Sebaik tiba di lokasi kejadian, SCDF mendapati terdapat seorang wanita terperangkap di bawah pokok yang tumbang itu. Anggota SCDF telah berusaha untuk mengeluarkan mangsa dengan menggunakan alat pemotong namun mangsa disahkan maut di tempat kejadian.

The Straits Times melaporkan bahawa ketika kemalangan, wanita tersebut dikatakan sedang mendengar muzik dengan menggunakan fon telinga. Kakak mangsa turut menyatakan bahawa mangsa mungkin berjaya menyelamatkan diri sekiranya tidak menggunakan fon telinga pada waktu kejadian tersebut.

Sementara itu, pesuruhjaya taman dan rekreasi di Lembaga Taman Negara NParks iaitu Dr Leong Chee Chiew, pokok setinggi 20 meter itu merupakan pokok Araucaria excelsa dan mempunyai ukur lilit 1.3 meter. Terdahulu, pihaknya ada menjalankan pemeriksaan terhadap pokok itu pada April 2020 namun mendapati pokok tersebut berada dalam keadaan yang sihat.

“Kami sedih kerana ada satu kematian. Keutamaan kami sekarang adalah untuk menghulurkan bantuan kepada keluarga si mati”.

Berdasarkan keterangan daripada beberapa saksi kejadian, kedengaran satu retakan yang kuat sebelum pokok tersebut tumbang lalu menghempap wanita berkenaan. Seramai 10 orang awam yang berada di kawasan kejadian cuba untuk membantu mangsa dengan mengangkat pokok tersebut namun tidak berjaya.

“Kami sedang menyeberang jambatan (di atas kolam) dan terdengar bunyi retakan kuat serta percikan air. Pokok yang tinggi itu tumbang dan kami terus berlari untuk membantu wanita yang terperangkap di bawah pokok itu,” jelas salah seorang daripada saksi kejadian.

Pada masa yang sama, Menteri Kanan (Pertahanan), Zaqy Mohamad yang juga merupakan Anggota Parlimen GRC Marsiling-Yew Tee memaklumkan akan bekerjasama dengan anggota parlimen lain bagi menghulurkan bantuan kepada keluarga mangsa.

“Sewaktu siasatan sedang dijalankan, saya telah meminta NParks untuk memeriksa dan menyemak keadaan pokok dan keselamatan kemudahan di kawasan itu. Sebagai pengguna taman itu, adalah penting bagi kita untuk melakukan sedaya upaya dalam memastikan keselamatan semua pengguna di Taman Marsiling”.

Sumber : Erabaru

Tags: , , , , , , , ,

Category: KEMALANGAN

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *