Wanita Maut Dirempuh Ketika Melintas Jalan | KOTA KINABALU – Seorang wanita maut ekoran dirempuh sebuah van ketika melintas jalan di hadapan RTM lama, Jalan Tuaran awal pagi semalam.

Mangsa, Aisah Hasim, 55, dilaporakn meninggal dunia di lokasi kejadian berikutan kecederaan di bahagian kepala dalam kejadian pukul 5.52 pagi itu.

Ketua Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Kinabalu, Deputi Superintendan Jo Ak Hang berkata, siasatan awal mendapati van terbabit dipandu seorang lelaki berusia 39 tahun dan dalam perjalanan dari arah Sembulan menghala ke Tamparuli.

“Bagaimanapun, kenderaan yang dipandu lelaki berkenan telah melanggar mangsa ketika hendak memotong sebuah kenderaan dihadapannya.

“Pemandu berkenaan tidak perasan ada seorang pejalan kaki berdiri di tengah jalan atau sedang melintas kerana keadaan jalan gelap serta lampu jalan tidak berfungsi sehingga menyebabkan pemandu tidak sempat mengelak lalu terlanggar mangsa,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Menurut beliau, akibat kejadian itu mangsa disahkan meninggal dunia pada pukul 6.29 pagi oleh Hospital Queen Elizabeth (HQE) kerana mengalami kecederaan parah di bahagian kepala.

Mengulas lanjut, Jo menyatakan hasil siasatan mendapati punca kemalangan adalah disebabkan kecuaian mangsa sendiri yang cuai ketika melintas dan tidak menggunakan jejantas pejalan kaki yang disediakan.

Beliau berkata, siasatan masih diteruskan di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Sumber : Kosmo

Share.

Leave A Reply