Seorang wanita rentung apabila kereta yang dipandunya terbakar selepas berlanggar dengan sebuah pikap di Jalan Nanga Menamit, di sini pagi tadi.

Wanita Maut Rentung Kereta Terbakat. 'Ini' Sebabnya..

Jurucakap Gerakan Operasi Bomba Sarawak berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan kira-kira jam 9 pagi.

Jelasnya, setibanya di lokasi, pasukan dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Limbang terus membuat kerja pemadaman sehingga api padam sepenuhnya.

Menurutnya dalam satu kenyataan, selepas pemadaman selesai, pasukan bomba mendapati seorang mangsa rentung adalah pemandu kereta Proton Saga.

Bagaimanapun, katanya setakat ini identiti wanita terbabit belum dikenal pasti.

Katanya, pemandu Hilux yang juga belum dikenal pasti identiti turut cedera dan dihantar orang awam ke hospital berdekatan.

Sumber: Berita Harian

Share.

Leave A Reply