Wanita Muat Naik Gambar Tatu Kalimah ALLAH Di Badan Ditahan | KUALA LUMPUR – Seorang wanita disyaki memuat naik gambar tatu kalimah ‘Allah’ ditahan di sekitar Gombak, Selangor, semalam.

Setiausaha Polis Diraja Malaysia (PDRM), Datuk Noorsiah Mohd Saaduddin berkata, wanita tersebut yang mengendalikan akaun Facebook ‘Bunga Matahari’ memuat naik gambar tatu kalimah ‘Allah’ di badan seorang wanita Cina.

“Suspek berusia 46 tahun itu ditahan serta dirampas sebuah telefon bimbit bersama sekeping kad sim,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Jelas Noorsiah, kes disiasat oleh Unit Siasatan Jenayah Terkelas (USJT), Bahagian D5, Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman.

Tambah beliau, permohonan reman suspek di bawah Seksyen 117 Kanun Tatacara Jenayah dan direman selama tiga hari bermula hari ini sehingga Jumaat.

“Siasatan dijalankan mengikut Seksyen 298A Kanun Keseksaan 1948 serta Seksyen 233 Akta Komunikasi Dan Multimedia 1998.

“Justeru itu, orang ramai diingatkan agar tidak membuat hantaran atau menularkan perkara yang menyentuh sensitiviti agama, perkauman dan Institusi Diraja di mana-mana platform media sosial.

“Perkara tersebut mampu membangkitkan perpecahan keamanan serta menggugat keharmonian kaum,” katanya.

Sumber: Kosmo

 

Baca Juga: Dihukum Kerana Tatu Hitam Mata Gadis | Pelukis tatu di Poland didenda PLN 150,000 (kira-kira RM150,000) kerana menyebabkan seorang wanita muda buta selepas prosedur ‘menghitamkan’ mata wanita malang itu gagal.

ALEKSANDRA menjalani tiga pembedahan namun tiada satu dapat memulihkan matanya. FOTO Agensi.

Hukuman diputuskan mahkamah pada 20 Disember lalu yang turut mengarahkan Piotr A menjalani hukuman komuniti 30 jam setiap bulan selama setahun.

Aleksandra Sadowska menjalani prosedur melukis tatu hitam pada bahagian putih matanya di studio Piotr A pada April 2017, selepas mengetahui mengenai kebolehan lelaki itu secara dalam talian.

Aleksandra berkata kepada media tempatan ketika prosedur itu dilaksana bahawa dia teringin tatu hitam mata, rasa sesuai dengannya.

Bagaimanapun, mahkamah diberitahu bahawa pelukis tatu berkenaan menggunakan jarum yang menembusi bola mata terlalu dalam, selain dakwat digunakan tidak disahkan selamat.

Aleksandra yang berusia 21 tahun ketika itu berkata, dia memilih pelukis berkenaan kerana latar belakangnya dalam melukis tatu sama kepada orang lain.

Artis tatu itu sudah melakukan puluhan prosedur demikian dalam maklumat profailnya. Sekurang-kurangnya itu yang dimaklumkan.

“Namun ia nampaknya tidak benar. Dia juga mendakwa berpendidikan dalam bidang perubatan, yang mana boleh diragui,” katanya.

Komplikasi pada mata Aleksandra berlaku serta-merta, bermula dengan glaukoma hingga katarak.

Wanita itu terpaksa menjalani tiga pembedahan yang mana tragisnya apabila tiada satu pun dapat memulihkan penglihatannya.

Sebelah matanya diganti dengan implan, manakala sebelah lagi hanya dapat melihat cahaya berkilau tanpa kontur.

Sumber: Harian Metro

Share.

Leave A Reply