Wanita Nekad Terjun Kolam Air Mendidih Demi Selamatkan Anjing | Demi menyelamatkan anjing kesayangannya, wanita ini nekad terjun kedalam kolam air mendidih namun ini keadaannya selepas itu. Baca selanjutnya..

Cheyenne, Wyoming – Seorang wanita melecur dan koma selama seminggu selepas terjun ke dalam air hampir mendidih di dalam sebuah kolam air panas semula jadi atau geiser untuk menyelamatkan anjing peliharaannya, lapor akhbar Metro UK semalam.

Laiha Slayton, 20, melecur lebih 90 peratus badannya apabila dia terjun ke dalam geiser yang merekodkan suhu air 93 darjah Celsius di Taman Negara Yellowstone, Wyoming.

Anjing Slayton bernama Rusty telah terjun ke dalam kolam air panas Maiden Grave Spring pada 4 Oktober lalu.

Slayton ketika itu berkunjung ke sana bersama bapanya, Woodrow.

Setibanya di lokasi kejadian, Rusty berlari daripada kereta dan melompat ke dalam kolam air panas itu sebelum dilaporkan mati.

Woodrow membantu anak perempuannya itu keluar daripada air panas itu sebelum dirawat oleh penyelamat taman dan perkhidmatan bomba tempatan.

Slayton disifatkan bertuah kerana sempat diselamatkan oleh Woodrow yang melecur pada bahagian kaki ketika dia menarik wanita itu keluar.

Sekiranya proses penyembuhan Slayton berjalan lancar, wanita itu dijangka diletakkan dalam keadaan koma selama dua hingga tiga minggu lagi.

Sumber : Kosmo

Share.

Leave A Reply