Wanita Nyaris Maut Apabila Kereta Dipandu Terbabas. Ada Video | Berpantang maut sebelum ajal itulah apa yang dilalui oleh seorang wanita apabila kereta yang dinaikinya terbabas dan hampir sahaja meragut nyawanya.

Wanita Nyaris Maut Apabila Kereta Dipandu Terbabas. Ada Video

Petaling Jaya: Seorang wanita nyaris maut apabila kereta yang dipandunya terbabas di selekoh Jalan Parlimen menghala ke Bangsar semalam.

Dalam kejadian pada jam 6.30 petang itu, wanita berusia 24 tahun itu bagaimananpun tidak mengalami kecederaan.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Zulkefly Yahya berkata, kemalangan berlaku apabila pemandu berkenaan menekan brek di selekoh kerana terdapat kemalangan di hadapan.

Katanya, akibat daripada kejadian itu, kereta jenis Perodua Myvi yang dipandu wanita berkenaan telah terbabas melanggar pembahagi jalan sebelum berhenti di tempat teduh hujan di kiri jalan.

Tambahnya, mangsa tidak mengalami sebarang kecederaan akibat kemalangan terbabit dan kes diklasifikasikan sebagai Rule 10 LN 166/59.

Terdahulu, tular di media sosial menerusi sebuah rakaman kamera papan pemuka (dashcam) berdurasi 22 saat yang memaparkan kereta Perodua Myvi yang terbabas di selekoh Jalan Parlimen.

Sumber: Kosmo, Info Bencana Pahang Dan Luar Pahang

Share.

Leave A Reply