JAKARTA – Sebuah klip video tular di media sosial Indonesia memaparkan tindakan seorang wanita yang meninggalkan motosikal di tengah jalan raya kerana terlalu panik apabila mendengar bunyi siren bomba, lapor laman berita Liputan 6 semalam.

Video yang dirakam di sebatang jalan itu dimuat naik dalam akaun Instagram @fakta.indo.

Beberapa pengguna jalan itu pada awalnya kelihatan berhenti di lampu isyarat merah.

Mereka kemudian beralih dari jalan tersebut untuk memberi laluan apabila sebuah jentera bomba membunyikan siren.

Seorang wanita tiba-tiba ketakutan ketika mendengar siren bomba lalu meninggalkan motosikalnya di tengah jalan.

Difahamkan, tindakan pemandu jentera bomba yang meminta pengguna jalan raya memberi laluan berkemungkinan membuatkan wanita itu panik.

Kejadian itu mendapat perhatian netizen di ruangan komen.

“Boleh jadi dia panik kerana takut lori atau kenderaan besar merempuhnya ketika mendengar siren. Disebabkan itu, wanita tersebut terus menyelamatkan diri,” komen seorang netizen.

Sumber: Kosmo

 

Baca Juga: Ramai PANIK Lelaki Mengamuk Cuba Pecah Tingkap Semasa Pesawat Di Udara | Seorang penumpang yang marah menimbulkan kekecohan di dalam pesawat yang sedang dalam penerbangan ke Dubai dengan cuba memecahkan tingkap kaca sekali gus merisikokan nyawa beratus-ratus penumpang lain, lapor akhbar Daily Star semalam.

 

Lelaki itu pada awalnya bertengkar dengan kru kabin, manakala pertengkaran mereka tidak lama kemudian bertukar fizikal apabila dia cuba merosakkan bahagian dalam pesawat.

Pesawat itu berlepas dari Peshwar, Pakistan pada 14 September lalu. Penumpang lain berada dalam ketakutan selepas lelaki itu mula menendang tingkap.

Lelaki yang dikatakan mengalami masalah mental itu tiba-tiba menumbuk dan menendang tempat duduk di dalam pesawat PIA penerbangan PK283.

Dia menyerang kru kabin yang cuba menenangkannya dan mengelak penumpang lain daripada panik.

Mereka akhirnya berjaya menahan lelaki itu dengan mengikat tangan dan kakinya.

Kru kabin kemudian memaklumkan kejadian itu kepada juruterbang yang seterusnya menghubungi pengawal trafik udara dan meminta bantuan keselamatan.

Selepas mendarat, penumpang itu diiring keluar daripada pesawat dan ditahan oleh anggota-anggota keselamatan di lapangan terbang Dubai, demikian menurut saluran berita BaaghiTV.

Lelaki itu pada awalnya bertengkar dengan kru kabin, manakala pertengkaran mereka tidak lama kemudian bertukar fizikal apabila dia cuba merosakkan bahagian dalam pesawat.

Pesawat itu berlepas dari Peshwar, Pakistan pada 14 September lalu. Penumpang lain berada dalam ketakutan selepas lelaki itu mula menendang tingkap.

Lelaki yang dikatakan mengalami masalah mental itu tiba-tiba menumbuk dan menendang tempat duduk di dalam pesawat PIA penerbangan PK283.

Dia menyerang kru kabin yang cuba menenangkannya dan mengelak penumpang lain daripada panik.

“Insiden itu berlaku pada 14 September (2022) dan penumpang itu diusir daripada penerbangan yang sama selain disenaraihitamkan oleh Syarikat Penerbangan Antarabangsa Pakistan (PIA),” kata PIA.

Sumber : Kosmo

Share.

Leave A Reply