Seorang wanita didakwa memotong kemaluan teman lelakinya selepas menikam dia dan rakannya sehingga mati dalam serangan menggunakan pisau.

Wanita Potong Kemaluan Teman Lelaki Dan Menikamnya Sehingga Mati

Jasmine Everleigh, 44, dituduh membunuh Samir Esbeck, 59, dan Sarkis Abboud, 61, pada awal pagi Khamis.

Dia difahamkan telah menikam pasangannya, Samir sebelum memotong kemaluannya, lapor outlet Australia 7 News.

Mayatnya ditemui di sebuah apartmen di Melbourne, Australia.

Temannya Sarkis turut ditikam, dan meninggal dunia dalam perjalanan ke hospital.

Everleigh kemudiannya ditangkap di dalam trem berdekatan. Dia diberikan rawatan kerana luka di lengannya.

Pada hari Jumaat, pihak polis mendakwanya dengan dua pertuduhan membunuh.

Anak perempuan Sarkis, Christine, memberikan penghormatan terakhir yang menyayat hati kepada mendiang ayahnya.

“Tiada sesiapa yang layak menerima kesakitan seperti ini,” tulisnya di Facebook.

“Ayah saya adalah hero saya, suami yang penyayang dan abang kepada keluarganya.

“Hati saya rasa kosong kerana saya tidak akan bertemu dia lagi… Ayah, saya sayangkan awak.”

Polis melaporkan Everleigh telah meninggalkan kesan darah di sepanjang beberapa jalan dan taman permainan kanak-kanak sebelum ditangkap.

Pihak berkuasa percaya Eveleigh dan Samir tinggal bersama di apartmen itu.

Sumber: The Sun

 

Share.

Leave A Reply