Wanita Seberat 101 Kg Hempap Suami Sehingga Mati | Apabila marah menguasai diri pelbagai perkara sanggup dilakukan untuk menyatakan rasa ketidakpuasan hati sehingga melakukan perkara yang diluar jangkaan. Hal ini terjadi kepada seorang wanita yang terlalu mengikut perasaan marahnya sehingga ia menyebabkan suaminya terbunuh di rumah mereka.

Wanita Seberat 101 Kg Hempap Suami Sehingga Mati

Seorang wanita berdepan tuduhan membunuh suaminya apabila melemaskan mangsa dengan cara duduk di atas muka lelaki itu dengan keadaan fizikalnya seberat 101 kilogram di Novokuznetsk, Rusia.

Tatyana O,45, didakwa enggan bangun daripada muka suaminya, Aidar sehingga lelaki itu meminta maaf dalam satu pergaduhan.

Ketika kejadian berlaku, anak dari pasangan itu menyaksikan wajah bapanya tersembam di atas katil segera berlari meminta bantuan jirannya sebelum seorang wanita tiba dan menyangkakan itu hanyalah satu pergaduhan biasa bagi pasangan suami dan isteri.

Bagaimanapun, Aidar secara tiba-tiba pengsan menyebabkan Tatyana menjerit sehingga memaksa jiran mereka kembali untuk melihat apa yang berlaku sebelum bertindak menghubungi ambulans.

Aidar bagaimanapun disahkan mati ditempat kejadian.

Hasil ujian perubatan kemudiannya mendapati lelaki itu mati akibat asfiksia, kesan daripada sistem pernafasannya yang tersekat memandangkan wajahnya disembamkan ke atas tilam.

Pada masa yang sama, Tatyana duduk di atas lehernya dan menggunakan kedua-dua kakinya agar Aidar tidak dapat bergerak.

Menurut laporan agensi berita Rusia, wanita itu ‘mencekik’ suaminya sehingga mati dengan menggunakan punggungnya akibat telah meminum telalu banyak alkohol.

Ketika perbicaraan pertama, Tatyana hanya disabitkan dengan kesalahan menyebabkan kematian tanpa niat.

Sumber: Kosmo

Share.

Leave A Reply