Wanita Sorok Kehamilan Dari Suami Dan Bvnuh Anaknya. Ini Sebabnya. | Kesempitan hidup menyebabkan seorang wanita dari Bengkulu, Kota Surabaya, Jawa Timur, Indonesia tergamak membunuh bayi lelakinya yang baru dilahirkan pada Khamis lalu.

Suspek yang berusia 33 tahun itu adalah ibu kepada tiga anak mengakui bahawa dia sebenarnya sudah tidak mahu mempunyai anak serta sudah mengikuti program perancang keluarga.

Namun apabila dia mengandung anak keempat itu, wanita itu bertindak menyorok kehamilan itu bukan sahaja daripada jiran terdekat malah suaminya sendiri.

Malah dia sanggup menipu dengan mengatakan mengidap kanser menyebabkan perutnya membesar.

Portal Kompas melaporkan, suspek sempat memberikan susu badan dan bayi lelaki tidak berdosa itu ditekup di bahagian mulut dan hidung sehingga tidak bernafas.

Wanita itu melahirkan anaknya tanpa bantuan sesiapa pada 8 Disember lalu sebelum membunuhnya.

Wanita itu menyatakan bahawa selepas bersalin, bayinya menangis sekali. Dia terus mendukung dan menyusukannya. Dia juga menekup mulut dan hidungnya dengan tangan.

Jasad bayi itu dimasukkan ke dalam beg dan disembunyikan di bilik sebelum dibuang.

Buat masa ini, polis mengesahkan motif wanita itu membunuh bayinya adalah kerana masalah kewangan.

Kes itu terbongkar selepas penduduk tempatan menemui jasad bayi itu dekat sebuah warung di jalan Menanggal V, Gayungan, Kota Surabaya pada Sabtu kira-kira jam 5.30 pagi waktu tempatan.

Bayi itu diletakkan dalam selimut merah yang dibungkus dalam beg plastik dan kemudian dimasukkan ke dalam kotak.

Sementara itu, Ketua Polis Gayungan Polrestabes Surabaya Suhartono berkata, pihaknya menjalankan siasatan dan meminta keterangan beberapa saksi, termasuk pemilik warung.

Selain itu, pihaknya juga memeriksa rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di sekitar lokasi kejadian.

Menerusi rakaman CCTV, kelihatan seorang wanita yang disyaki membuang bayi dan datang menaiki basikal.

Selepas lima hari, polis mengesahkan suspek adalah ibu kandung mangsa.

Sumber: Harian Metro

 

Artikel Lain

Wanita Nekad Kelar Leher Bayi Sendiri Berusia 10 Hari

Wanita Nekad Kelar Leher Bayi Sendiri Berusia 10 Hari | Seorang wanita sanggup membunuh bayi perempuan berusia 10 hari menggunakan senjata tajam, di Muara Enim.

Wanita berusia 22 tahun itu dipercayai mengelar leher bayinya selepas dikatakan enggan menyerahkannya kepada seorang wanita berusia 49 tahun.

Menurut polis, kejadian berlaku pada 5.o5 petang waktu Indonesia Barat.

Ketua Unit Siasatan Jenayah Polis Muara Enim AKP Toni Saputra berkata, pada awalnya ibu muda itu bersetuju menyerahkan bayinya kepada wanita berkenaan untuk dijaga selepas melahirkannya.

Sebelum kejadian, Toni berkata, ibu bayi berkenaan ke rumah wanita terbabit untuk melihat anaknya.

Dia kemudian diminta masuk ke bilik memandangkan bayi berkenaan sedang tidur.

Namun, seorang saksi berusia 19 tahun melihat ibu bayi terbabit berlumuran darah sambil memegang pisau ketika keluar dari bilik.

Beliau berkata, saksi melihat bayi berkenaan luka di bahagian leher dan meminta bantuan daripada keluarganya.

Beliau juga bertambah lagi bahawa ibu bayi berkenaan ditangkap dan diserahkan kepada pihak polis.

Toni berkata, siasatan mendapati pada mulanya, ibu bayi berkenaan bersetuju menyerahkan hak penjagaan kepada wanita terbabit selepas ketika mangsa dilahirkan.

Bagaimanapun, dia mengubah fikiran dan ingin menjaga anaknya semula.

Tetapi wanita berkenaan tidak bersetuju sebelum ibu bayi berkenaan nekad membunuh anaknya sendiri.

Toni berkata, dia dipercayai bertindak membunuh bayinya sendiri selepas wanita terbabit enggan menyerahkannya semula.

Bagaimanapun, kes ini masih dalam siasatan. Polis akan menjalankan ujian psikiatri untuk mengetahui motif kejadian.

Beliau berkata lagi, pakar akan memeriksa ibu bayi berkenaan untuk mengetahui sama ada dia mengalami gangguan mental atau sebaliknya.

Sumber: Metro Harian

Share.

Leave A Reply