Wanita Tak Sengaja Bakar Diri Sendiri Di Dalam Kereta Akibat Pepijat | Cubaan seorang wanita dari Michigan yang berniat ingin membunuh pepijat memakan diri selepas dia dikatakan secara tidak sengaja membakar dirinya sebelum ditemukan oleh pihak polis di dalam sebuah kereta, berdekatan Detroit, di sini, baru-baru ini.

Wanita Tak Sengaja Bakar Diri Sendiri Di Dalam Kereta Akibat Pepijat

Menurut Pejabat Sherif Oakland menerusi laporan NY Daily News, kemalangan tersebut berlaku berpunca daripada wanita tersebut dipercayai telah bertindak menggunakan alkohol bagi membakar pepijat tersebut selepas menemuinya di dalam kereta yang telah diparkir di di pinggir Detroit.

Jelasnya, wanita berusia 31 tahun tersebut yang ketika itu berada dalam keadaan panik terus bertindak menyembur alkohol tersebut sebelum secara tiba-tiba api mula marak sehingga menyebabkan dia turut terbakar ketika melakukan proses tersebut di dalam kereta.

Anggota bomba OaklandĀ  telah bergegas ke tempat kejadian sejurus mendapat panggilan kecemasan dari orang awam serta dilaporkan mereka telah berjaya memadam kebakaran tersebut.

Menerusi laporan Detroit News, mangsa kini dikatakan berada dalam keadaan stabil selepas dia berjaya dibawa ke hospital berdekatan bagi mendapatkan rawatan namun mengalami kecederaan agak serius iaitu melecur pada tahap kedua.

Wanita tersebut dipercayai berada dalam keadaan stabil dan masih mendapatkan rawatan selanjutnya di Hospital McLaren Oakland.

Sumber: Utusan Malaysia

Share.

Leave A Reply