Angkara Pemandu Mabuk Lagi Punca 5 Kereta Kemalangan. ADA VIDEO

| March 23, 2021 | 0 Comments

Angkara Pemandu Mabuk Lagi Punca 5 Kereta Kemalangan. ADA VIDEO| Seorang pemandu wanita warga China telah memandu di bawah pengaruh alkohol sehingga menyebabkan berlakunya kemalangan membabitkan lima kenderaan di Jalan Mewah 2/3 Pandan Mewah, di sini, semalam.

Angkara Pemandu Mabuk Lagi Punca 5 Kereta Kemalangan. ADA VIDEO

Ketua Polis daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohammed Farouk Eshsak, berkata kemalangan tersebut melibatkan beberapa kenderaan seperti Mazda, Chevrolet,Honda City,Proton Saga dan Proton Wira serta merupakan kemalangan ketiga yang berlaku secara berturut-turut pada jam 11 malam.

“Siasatan mendapati, kemalangan berpunca daripada Proton Wira yang dipandu wanita warganegara China yang berusia 54 tahun tersebut hilang kawalan di Jalan Cempaka 2 lalu melanggar sebuah kereta Mazda yang diparkir di tepi jalan”, kata Mohammed Farouk dalam kenyataan hari ini.

“Suspek kemudian mengundurkan kenderaannya sebelum melanggar kereta Honda Civic yang diparkir di bahu kanan jalan.

Sambung beliau lagi, akibat daripada pelanggaran tersebut kereta Honda Civic yang dilanggar tadi telah teranjak ke hadapan lalu melanggar sebuah lagi kereta Chevrolet yang diparkir di hadapannya.

“Suspek kemudian telah memandu ke Jalan Mawar 5a namun sebaik tiba, dia sekali lagi hilang kawalan sebelum melanggar kereta Proton Saga yang diparkir di bahu kanan jalan serta sebatang tiang lampu di tepi kiri jalan. Kemudian suspek mengundurkan kenderaanya hingga terhenti di dalam garaj di tepi jalan”, katanya.

Ujian kandungan alkohol telah dijalankan dan didapati tahap kandungan alkohol pemandu wanita tersebut melebihi had yang ditetapkan.

Menurut Mohammed Farouk, suspek ditahan untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 45A(1) Akta Pengakutan Jalan 1987 yang mebawa hukuman denda sebanyak RM 5,000 dan tidak lebih daripada RM 10,000 serta boleh dipenjara selama tidak melebihi 12 bulan.

Semua kenderaan yang terlibat dalam kemalangan mengalami kerosakkan namun tiada kecederaan telah dilaporkan.

Sumber: Berita Harian

Tags: , , , , ,

Category: KEMALANGAN

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *