Wanita Warga Emas Dicabul Serta Disamun RM 500 | Seorang warga emas berdepan dengan detik cemas apabila rumahnya dimasuki lelaki asing yang cuba untuk merogol dan menyamun duitnya.

Warga Emas Hampir Dirogol Serta Disamun RM 500

Iskandar Puteri: Seorang wanita dicabul serta disamun dalam satu kejadian di rumahnya di Taman Skudai, awal pagi semalam.

Dalam kejadian pada jam 3.30 pagi itu, suri rumah yang berusia 65 tahun itu sedang tidur sebelum terdengar bunyi bising seperti orang sedang cuba untuk membuka pintu rumahnya.

Ketua Polis Daerah Iskandar Puteri, Asisten Komisioner Dzulkhairi Mukhtar, berkata warga emas itu terkejut apabila mendapati seorang lelaki warga asing yang hanya berseluar dalam sedang berdiri di hadapan katilnya sambil memegang sebatang besi.

Katanya, suspek mengarahkan warga emas itu supaya diam dan menanggalkan pakaian kerana mahu merogolnya.

Tambahnya, mangsa yang dalam ketakutan hanya menuruti apa yang disuruh sebelum suspek cuba untuk merogolnya namun tidak berjaya. Suspek kemudiannya hanya mengeluarkan air mani sebelum memaksa suspek menyerahkan duit sebanyak RM 500 lalu beredar.

Dzulkhairi berkata, polis berjaya menahan seorang lelaki warga Bangladesh berusia 26 tahun, yang dipercayai suspek utama, hasil siasatan sebaik menerima aduan mangsa dan berpandukan maklumat serta risikan dibuat.

Manakala dua lagi warga Myanmar berusia 21 tahun dan 26 tahun yang dipercayai bersubahat juga berjaya ditahan tidak jauh dari lokasi kejadian kerana cuba melarikan diri.

Katanya, kesemua tiga-tiga warga asing yang bekerja sebagai buruh binaan telah ditahan kira-kira 2.30 petang, tidak jauh dari lokasi kejadian.

Polis juga turut merampas beberapa bahan bukti yang dipercayai digunakan untuk tujuan samun antaranya sebatang besi, besi pengumpil, sehelai boxer berwarna kelabu dan sebuah telefon bimbit.

Kes disiasat di bawah Seksyen  392/397 Kanun Keseksaan kerana menyamun bersenjata , Seksyen 354 Kanun Keseksaan kerana mencabul dan Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen.

Kesemua suspek akan dibawa ke Johor Bahru untuk proses tahanan reman.

Sumber: Berita Harian

Share.

Leave A Reply