Waran Tangkap Kerana Tidak Pulangkan Pita Video 22 Tahun Lalu

| April 27, 2021 | 0 Comments

Waran Tangkap Kerana Tidak Pulangkan Pita Video 22 Tahun Lalu | Sudah menjadi tanggungjawab setiap orang untuk memulangkan semula setiap benda yang dipinjam oleh orang lain dan dikembalikan kepada tuannya semula. Ini bagi memastikan tidak akan berlaku sebarang permasalahan di kemudian hari di antara peminjam dan pemilik.

Waran Tangkap Kerana Tidak Pulangkan Pita Video 22 Tahun Lalu

Washington: Seorang wanita telah disenaraikan sebagai penjenayah yang dikehendaki di negaranya. Perkara ini berlaku kerana dia tidak memulangkan semula pita sistem video rumah (VHS) sitkom Sabrina the Teenage Witch yang telah beliau pinjam pada 22 tahun yang lalu.

Caron McBride, 52, dari Oklahama itu ditahan pihak berkuasa. Perkara itu berlaku sebaik sahaja dia mendaftar lesen atas nama keluarga baharunya selepas beliau berkahwin di Texas. Dia telah diberitahu untuk menghubungi pejabat peguam Cleveland di Oklahoma sebelum dimaklumkan terdapat waran tangkap di atas namanya.

Waran tangkap itu telah dikeluarkan atas kesalahan beliau gagal untuk memulangkan semula pita VHS yang telah dipinjam pada tahun 1999.

Katanya dia tidak pernah menonton sitkom itu sepanjang hidupnya dan bagaimana namanya boleh berada dalam senarai individu yang dikehendaki seolah-olah dia merupakan seorang penjenayah. McBride mengatakan dia tidak ingat sama ada pernah menyewa pita video dari sebuah kedai sewa pita VHS yang ditutup pada 2008. Tetapi dia percaya perkara itu mungkin berlaku.

Tambahnya lagi, dia pernah tinggal bersama dengan seorang lelaki yang mempunyai dua orang anak pada 20 tahun yang lalu. Dan dia berfikir kemungkinan lelaki itu telah pergi meminjam pita itu dan tidak memulangkannya kembali.

Sumber: Harian Metro

Tags: , , ,

Category: Uncategorized

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *