Warga Asing Tetak Rakan Senegara Dengan Sabit

| November 25, 2020 | 0 Comments

Warga Asing Tetak Rakan Senegara Dengan Sabit | Tangkak- Empat warganegara Myanmar ditahan polis selepas dipercayai terlibat dalam kejadian tetak seorang lelaki senegara dalam kejadian pergaduhan di kebun pisang Grisek di sini Isnin lalu.

Ketua Polis Daerah Tangkak, Superintendan Mohd. Fadhil Minhat berkata, suspek terdiri daripada tiga lelaki dan seorang wanita berusia antara 20 hingga 40 tahun itu ditahan kurang daripada 24 jam di sebuah kebun berhampiran lokasi kejadian.

“Pada pukul 4.15 pagi, polis menerima laporan daripada seorang anggota polis yang bertugas di pondok keselamatan Hospital Pakar Sultanah Fatimah, Muar mengenai keadaan seorang mangsa warga asing dikejarkan ke bahagian kecemasan akibat parah di bahagian muka dan kepala.

“Berdasarkan pemeriksaan, pegawai perubatan mengesahkan mangsa mengalami kecederaan parah di muka dan kepala akibat tetakan senjata tajam sehingga menyebabkan penderahan di bahagian kepala,” katanya dalam satu kenyataan.

Menurut Mohd. Fadhil, bertindak atas laporan, Bahagian Siasatan Jenayah IPD Tangkak berjaya membuat tangkapan terhadap empat suspek pada pukul 4.20 petang hari yang sama.

Beliau berkata, polis turut merampas sebilah sabit kecil dipercayai digunakan dalam kejadian berkenaan selain menahan seorang lelaki tempatan berusia 47 tahun kerana disyaki menggajikan pekerja warga asing tanpa permit.

“Kesemua suspek akan ditahan reman mengikut Seksyen 117 kanun prosedur jenayah dan Akta Imigresen 1959/63,” katanya.

Sumber : Kosmo

Tags: , , , ,

Category: JENAYAH

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *